• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai Keselamatan Iringi Skuad B-23 Ke Indonesia

oleh Ahmad Albab
01/08/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Demi memastikan keselamatan pemain terjamin, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan menghantar seorang pegawai keselamatan untuk mengiringi skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan ke Sukan Asia 2018 di Indonesia, bulan depan.

Perkara itu disahkan ketua jurulatih skuad B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee selepas beliau dimaklumkan oleh Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin.

Kim Swee berkata langkah FAM menghantar seorang pegawai keselamatan itu mampu meningkatkan tahap keselamatan pasukan sekali gus membantu pemain memberi sepenuh tumpuan terhadap saingan di Indonesia.

“Saya telah dihubungi Presiden FAM dan dimaklumkan bahawa kita akan mendapat seorang pegawai keselamatan untuk bersama pasukan di mana kita tahu keadaan amat tegang di sana (Indonesia).

“Apa paling penting ialah keselamatan pemain dan pegawai. Jika kita mempunyai perancangan dari segi keselamatan dengan adanya pegawai keselamatan ini, saya percaya beliau mempunyai perancangan tertentu jika berlaku sebarang kemungkinan nanti,” katanya ketika ditemui pemberita pada sesi latihan skuad B-23 negara di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini, Selasa.

Persengketaan dan provokasi membabitkan penyokong bola sepak Malaysia dan Indonesia merupakan satu senario lazim yang berlaku apabila kedua-dua negara bertanding dalam mana-mana kejohanan yang sama.

Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini situasi itu semakin tegang apabila skuad Bawah 19 Tahun (B-19) negara terpaksa berdepan detik cemas sejurus menewaskan Indonesia untuk melangkah ke final Kejuaraan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) B-19 2018.

Skuad B-19 kendalian ketua jurulatih, Bojan Hodak itu terpaksa berlari memasuki bilik persalinan dengan dilindungi perisai pihak pasukan keselamatan tempatan bagi mengelak daripada terkena objek keras yang dibaling penyokong tuan rumah.

Nasib sama turut menimpa skuad Bawah 16 Tahun (B-16) kebangsaan apabila penyokong Indonesia bertindak menghina nama Malaysia dan menyanyikan ‘chant’ berbunyi “Malaysia itu anjing” pada aksi sulung Kejuaraan AFF B-16 2018 di Stadium Joko Samudro, Surabaya, berdepan Thailand, Isnin. – BERNAMA

Tags: FAMSkuad B-23
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sekali lagi menegaskan pendaftaran pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

10/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan terdapat beberapa pihak dalam Persatuan Bolasepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd