• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PBB Setuju Beri Pengecualian

oleh Ahmad Albab
04/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERTUBUHAN BANGSA BERSATU (PBB), New York – Maj­lis Keselamatan PBB akan menyokong cadangan Amerika Syarikat (AS) untuk memansuhkan halangan yang menyukarkan penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Korea Utara, demikian menurut dokumen yang diperoleh agensi berita AFP.

Halangan itu berikutan sekatan ketat antarabangsa terhadap Pyongyang.

Usul mengenainya dibentangkan oleh Washington selepas krisis kemanusiaan menyebabkan kira-kira 10 juta orang atau hampir separuh populasi Korea Utara menderita akibat kekurangan makanan, kata beberapa pegawai PBB.

Menurut PBB, sekatan ke atas Korea Utara tidak seharusnya menjejaskan bantuan kemanusiaan tetapi organisasi-organisasi yang terlibat dalam pengagihan bantuan berkata, sekatan perdagangan dan perbankan menimbulkan halangan birokrasi serta melambatkan agihan bantuan asas.

Cadangan AS yang dikemukakan pada bulan lalu itu akan menyediakan arahan jelas kepada organisasi bantuan dan kerajaan untuk memohon pengecualian sekatan PBB bagi tujuan kemanusiaan, demikian menurut teks sama.

Selepas rundingan diadakan selama beberapa minggu, jawatankuasa sekatan PBB dijangka meluluskan garis panduan itu pada Isnin depan.

Sebaik sahaja diluluskan, satu notis akan dihantar kepada 193 negara oleh jawatankuasa PBB ‘untuk memberikan penjelasan komprehensif mengenai meka­nisme pengecualian sekatan tersebut.

Tindakan itu dibuat ketika AS meminta sekatan maksimum dikekalkan ke atas Korea Utara bagi memaksa pemimpinnya, Kim Jong-un mematuhi janji untuk melucutkan senjata nuklear di Semenanjung Korea.

Seorang pegawai AS berkata, garis panduan itu akan memastikan supaya ‘hanya aktiviti kemanusiaan bagi tujuan menyelamatkan nyawa di Korea Utara dapat diteruskan’.

Majlis Keselamatan PBB me­laksanakan tiga sekatan ketat yang menyasarkan ekonomi Korea Utara sebagai tindak balas terhadap ujian nuklear keenam dan pelancaran misil balisitik oleh Pyongyang. – AFP/KOSMO ONLINE

Tags: Korea UtaraPBB
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ayah Maut Depan Mata

Next Post

Martial Kembali Ke Padang Selepas Bayi, Isteri Sihat

Related Posts

Malaysia Desak PBB Bertindak Hentikan Genosid Israel

Malaysia Desak PBB Bertindak Hentikan Genosid Israel

22/03/2025
0

SHAH ALAM – Malaysia menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa bertindak tegas terhadap Israel bagi menghentikan...

OIC, Liga Arab, PBB Digesa Tegas Tolak Cadangan Trump

OIC, Liga Arab, PBB Digesa Tegas Tolak Cadangan Trump

27/01/2025
0

SHAH ALAM - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Liga Arab dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) digesa supaya mengambil tindakan tegas dalam...

Next Post

Martial Kembali Ke Padang Selepas Bayi, Isteri Sihat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd