• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasangan Suami Isteri Ditahan Terlibat Kes Pecah Kereta

oleh Cj Mnh
27/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Sepasang suami isteri yang membiayai kehidupan seharian mereka termasuk membeli dadah menerusi hasil jualan barang daripada kegiatan pecah kereta di sekitar negeri ini, diberkas polis dalam serbuan di rumah mereka di Nilai baru-baru ini.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Noor Azam Jamaludin berkata pasangan yang berusia 32 dan 35 tahun terbabit diberkas pada 11 Ogos lepas dan direman sehingga esok.

“Pasangan ini ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kes pecah kereta di kawasan surau dan masjid di sekitar negeri ini. Si isteri ketika ini sedang mengandung lima bulan dan semasa serbuan polis telah merampas kereta Proton Wira suspek dan pelbagai peralatan seperti pemutar skru, spanar, playar dan batang besi.

“Mereka tidak bekerja dan ketika ditahan si suami didapati positif dadah jenis meth (syabu). Menerusi tangkapan ini kita percaya sebanyak 15 kes telah berjaya diselesaikan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Katanya pasangan suami isteri itu yang aktif melakukan jenayah pecah kereta sejak November tahun lepas, menjalankan kegiatan mereka pada waktu subuh dengan menyasarkan surau atau masjid.

“Apabila tiba di lokasi, suspek lelaki akan meletakkan keretanya bersebelahan kereta mangsa yang hendak dipecahkan dan berpura-pura bersiap dengan memakai kopiah seolah-olah mahu pergi bersembahyang.

“Apabila didapati semua jemaah telah masuk ke dalam surau suspek akan mengumpil cermin pintu kereta menggunakan pemukar skru yang telah diubah suai sehingga pecah dan mengambil barangan berharga manakala isteri suspek akan memerhatikan persekitaran,” katanya.

Katanya semua barangan curi seperti komputer riba dan telefon bimbit dijual kepada orang perseorangan dan hasil jualan tersebut digunakan untuk perbelanjaan harian dan membeli dadah.

“Hasil semakan rekod jenayah lampau, suspek lelaki mempunyai empat rekod kes jenayah dan lima kes dadah manakala isterinya mempunyai satu rekod jenayah dan lima rekod dadah.

Noor Azam berkata kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya. – BERNAMA

Tags: Kes Pecah Keretapasangan suami isteri
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Selesai Isu Pelarian Rohingya Elak Direkrut Daesh

Next Post

Nurul Izzah Bantah Rahim Noor Sebagai Fasilitator Keamanan

Related Posts

Pasangan Suami Isteri Tak Mengaku Dera, Aniaya Dua Anak Saudara Hingga Cedera

Pasangan Suami Isteri Tak Mengaku Dera, Aniaya Dua Anak Saudara Hingga Cedera

23/09/2022
0

AMPANG : Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah atas tuduhan menganiaya hingga menyebabkan kecederaan fizikal dua beradik yang juga anak...

Suami Isteri Mengaku Tidak Bersalah Curi Air

30/10/2018
0

KUANTAN - Sepasang suami isteri yang juga pemilik sebuah bengkel didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan...

Next Post

Nurul Izzah Bantah Rahim Noor Sebagai Fasilitator Keamanan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd