• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasangan Khalwat Naik Van Jenazah

oleh Cj Mnh
02/08/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULIM – Tiga pasangan disyaki berkhalwat di hotel bajet sekitar daerah ini malam tadi, diarah menaiki van jenazah sebelum dibawa ke Balai Polis di sini, bagi buat laporan dan rekod tangkapan.

Dalam serbuan Ops Bajet 2 yang dilakukan Pejabat Agama Daerah Kulim, Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) bermula 11.30 malam hingga 3 pagi itu, dua pasangan ditahan dalam keadaan curiga di sebuah hotel di Lunas dan satu pasangan di Keladi.

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Shariffudin Mat Saad, berkata pekerja hotel di Lunas pada mulanya enggan berkerjasama apabila mendakwa semua bilik di premis berkenaan kosong.

“Bagaimanapun pemeriksaan di bilik pertama menemui remaja perempuan berusia 16 tahun dan lelaki berusia 21 tahun berada dalam keadaan mencurigakan.

“Pemeriksaan di bilik kedua kemudian menemui satu lagi pasangan membabitkan remaja perempuan berusia 18 tahun dan lelaki berusia 19 tahun,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Kedua-dua pasangan pasangan terbabit mendakwa datang ke daerah ini untuk bersiar dan makan malam sebelum berehat di hotel berkenaan yang turut menyewakan bilik pada kadar RM25 sejam.

Anwar berkata, serbuan kemudian dilakukan di sebuah hotel bajet di Keladi, menemui seorang wanita berusia 23 tahun dan lelaki berusia 44 tahun tanpa ikatan perkahwinan sah.

“Semua pasangan yang ditahan dibawa menaiki van jenazah ke Balai Polis Kulim bagi membuat laporan tangkapan dan rekod.

“Kedua-dua hotel ini memang menjadi sasaran pasangan melakukan maksiat kerana mengenakan kadar sewa mengikut jam dan sudah sering diserbu pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata, soal siasat awal ke atas remaja perempuan berusia 16 tahun juga mendapati dia yang tidak lagi bersekolah datang bersama pasangannya dari Selama, Perak ke Kulim bagi melakukan kegiatan tidak bermoral.

“Jika sabit kesalahan mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 25(a)(b)Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014 kerana berkhalwat.

“Kita akan terus memantau kegiatan jenayah syariah di daerah ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat berlakunya maksiat boleh memaklumkan kepada kami,” katanya. – BH Online

Tags: khalwatvan jenazah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Suami Orang Dakwa Dalam Proses Cerai, Dicekup Berkhalwat Bersama Janda

Suami Orang Dakwa Dalam Proses Cerai, Dicekup Berkhalwat Bersama Janda

20/12/2025
0

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki berstatus suami orang dan seorang wanita berstatus janda dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri...

Lelaki Dalam Proses Cerai Ditangkap Khalwat Dengan Anak Dara

Lelaki Dalam Proses Cerai Ditangkap Khalwat Dengan Anak Dara

21/11/2025
0

Johor Bahru: Seorang lelaki yang mendakwa dalam proses bercerai ditangkap berkhalwat dengan anak dara oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd