• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pantau Kesihatan Murid Di Sekolah Sebagai Langkah Bendung HFMD

oleh
10/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kementerian Pendidikan meminta guru sekolah memantau keadaan kesihatan murid sebagai langkah awal untuk mengesan kehadiran penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD), di sekolah masing-masing.

Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching turut menasihati guru supaya menghantar murid yang mempunyai tanda-tanda jangkitan penyakit tersebut ke hospital untuk pemeriksaan lanjut sebagai langkah membendung penularan kes tersebut di sekolah.

“Rekod daripada Kementerian Kesihatan telah menunjukkan trend penurunan kes penyakit ini dalam kalangan murid setiap minggu dan berdasarkan laporan yang kita terima setakat ini, tiada lagi sekolah yang ditutup kerana penyakit HFMD ini.

“Kita juga sarankan guru menjalankan aktiviti pembersihan di dalam kawasan kelas sebagai cara untuk menghindari jangkitan penyakit tersebut,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis penutupan Persidangan Antarabangsa Isu Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Dalam Kalangan Penutur Bukan Jati anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, hari ini.

Turut hadir, Pro Canselor UiTM Tan Sri Arshad Ayub.

Teo berkata ibu bapa juga perlu lebih peka terhadap tahap kesihatan anak masing-masing dengan tidak menghantar anak mereka ke sekolah sekiranya disyaki mempunyai tanda penyakit tersebut.

Sementara itu, mengulas mengenai program hari ini, beliau menyeru golongan pelajar supaya menguasai bahasa ketiga sebagai kelebihan untuk mengakses dunia ilmu dan teknologi dengan lebih meluas.

“Sekiranya sebelum ini pelajar lebih menguasai Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, tetapi untuk dunia teknologi dan berdaya saing ini kita mahu pelajar juga mengusai bahasa ketiga.

“Ini akan memberi kelebihan kepada pelajar untuk menuntut ilmu dengan lebih meluas yang mana ia tidak terhad dengan penggunaan satu-satu bahasa sahaja,” katanya. – BERNAMA

Tags: HFMD
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kes HFMD Lepasi Paras Amaran Kebangsaan

Kes HFMD Lepasi Paras Amaran Kebangsaan

20/05/2023
0

PUTRAJAYA: Jumlah kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam negara dilaporkan melepasi paras amaran kebangsaan iaitu 1,150 kes seminggu...

HFMD: Kes Baharu Turun 35.9 Peratus

HFMD: Kes Baharu Turun 35.9 Peratus

27/06/2022
0

SUNGAI PETANI – Kes baharu penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri ini menurun sebanyak 189 kes atau 35.9...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd