• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pangkalan Data Bersepadu Tangani Isu Pemilikan Rumah

oleh Cj Mnh
16/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Pembangunan perumahan mampan pada masa depan penting bagi memastikan setiap rakyat memiliki kediaman.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata, dalam menzahirkan usaha itu, antara komponen utama ialah mempunyai data yang baik.

Beliau berkata, ketika ini pangkalan data bersepadu mengenai penawaran dan permintaan terhadap perumahan adalah kritikal.

“Data ini harus memberi pandangan mengenai keperluan dan keutamaan isi rumah, hubungan dengan perubahan demografi serta jurang perumahan setiap kawasan berbeza di seluruh negara.

“Bagi pihak berkuasa Kerajaan Persekutuan dan negeri khususnya, pangkalan data ini bermanfaat untuk menyokong campur tangan bagi perumahan lebih bersasar, cekap dan selaras dengan dasar awam dalam membina komuniti yang kukuh,” katanya berucap pada Persidangan Perumahan Mampan Masa Hadapan, Agenda Bandar Baru di Universiti LimKokWing di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Dr Mary Wong Lai Lin.

Zuraida berkata, komponen seterusnya ialah membangunkan model pembiayaan inovatif untuk membiayai projek perumahan mampu milik.

“Langkah campur tangan pada masa ini sebahagian besarnya memfokuskan kepada subsidi pembeli rumah atau peruntukan langsung perumahan.

“Sepanjang tempoh jangka panjang, ada keperluan yang perlu dilengkapkan dengan alternatif baru dan lebih mampan menggabungkan pembiayaan awam dan swasta untuk pembangunan rumah berpatutan serta pelaburan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, komponen terakhir perlu diberi perhatian ialah, keperluan untuk memupuk perkongsian kerjasama yang pelbagai dalam menyediakan rumah mampu milik.

“Ini termasuk komuniti perumahan sosial, yayasan persendirian dan organisasi tidak berasas keuntungan dalam menyokong dan melengkapkan agenda perumahan mampu milik oleh kerajaan.

“Pihak berkenaan juga berperanan menggalakkan pembangunan pasaran sewa yang pelbagai sebagai alternatif berdaya maju untuk pemilikan rumah,” katanya. – BH Online

Tags: pemilikan rumahZuraida Kamaruddin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Pulau Angsa: Kotak Hitam Helikopter Maritim Malaysia Ditemui

Zuraida: Tindakan Fahmi Persis Pemerintahan Komunis

17/04/2024
0

Timbalan Presiden Muafakat Nasional Zuraida Kamaruddin menyifatkan tindakan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil seperti "pemerintahan negara komunis", susulan arahannya agar Suruhanjaya...

AGC Bantah Permohonan Zuraida Mohon Isytihar Presiden PBM

AGC Bantah Permohonan Zuraida Mohon Isytihar Presiden PBM

12/04/2023
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) membantah permohonan Datuk Zuraida Kamaruddin untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd