• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakar Bedah Terharu Peroleh Semula Kaca Mata Dicuri

oleh Ahmad Albab
18/08/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Seorang pakar bedah tidak dapat menahan tangisan selepas kaca mata pembedahan berharga 80,000 baht (RM9,899) yang dicuri dikembalikan kepadanya.

Pakar bedah jantung di Hospital Srinargind di Universiti Khon Kean, Dr Thiti Chanmayka, berterima kasih kepada orang ramai yang membantunya, lapor akhbar Bangkok Post.

Ketua polis Muang, Kolonel Chamlong Suwalak, memberikan kaca mata itu kepada Dr Thiti pagi semalam selepas menerimanya daripada pemilik kedai pajak.

Terdahulu, Dr Thiti, merayu pencuri yang memecah masuk ke rumahnya supaya mengembalikan kaca mata itu.

Imej kaca mata yang dicuri dengan mesej kepada pencuri berkenaan menjadi tular selepas pakar bedah itu menyiarkannya.

Di laman Facebook, Dr Thiti menulis: “Kepada semua, Saya Dr Thiti Chanmayka, seorang pakar bedah kardiotorasik di Pusat Jantung Ratu Sirikit, Hospital Sringakarind.

“Pencuri memecah masuk ke rumah saya di perkarangan Universiti Khon Kaen pada 6 Ogos dan melarikan kaca mata pembedahan (seperti ditunjukkan dalam imej). Ia amat penting untuk kerja pembedahan.

“Saya merayu kepada pentadbir dan pengguna Facebook membantu menyebarkan mesej ini supaya mereka yang menemui atau membeli kaca mata itu mengembalikan ia kepada saya.

“Ia dibuat khas untuk saya dan orang lain tidak boleh menggunakannya. Terima kasih.” — Agensi/BH ONLINE

Tags: Kaca Matapakar bedah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dr Nur Amalina Anggotai Pasukan Kajian Vaksin COVID-19

24/04/2020
0

Pelatih pakar bedah Imperial College London (Imperial), Dr Nur Amalina Che Bakri menganggotai pasukan pengujian vaksin COVID-19 pertama di United...

RM827,000 Harga Kaca Mata John Lennon

16/12/2019
0

LONDON - Sepasang kaca mata hitam yang pernah dipakai John Lennon dari The Beatles berjaya dilelong Jumaat lalu hampir AS$200,000...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd