• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pahang Tercari-Cari Rentak Mula Saingan Kumpulan Piala Malaysia

oleh
05/08/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Ketua Jurulatih Pahang, Dollah Salleh mengakui pasukan bimbingannya masih tercari-cari rentak permainan ketika terikat 1-1 dengan Sabah pada aksi pembukaan Kumpulan D Piala Malaysia di sini malam tadi.

Dollah berkata kelemahan di jentera serangan juga menyukarkan skuad Tok Gajah untuk menokok jaringan walaupun memperoleh beberapa peluang keemasan.

“Saya perhatikan rentak permainan Pahang selalu hilang di mana kita tidak banyak melakukan pergerakan.

Serangan kita pula seperti tiada impak untuk menambah gol…apabila kedua-dua pasukan seri, para pemain hanya mula menyerang di babak akhir perlawanan.

Displin kita dalam permainan juga kurang kerana tidak ramai pemain yang turun untuk bertahan bila Sabah menyerang,” katanya pada sidang media selepas perlawanan tamat.

Dollah berkata prestasi penyerang import mereka, Austin Amutu menunjukkan peningkatan tetapi belum mencapai tahap yang diharapkan.

“Cuma ada sedikit perubahan dalam persembahan Amutu…saya rasa dia belum dapat serasikan diri sepenuhnya dengan permainan Pahang.

Pada perlawanan ini dia berjaya menghasilkan gol tetapi pada separuh masa kedua dia seperti hilang arah…saya berharap permainannya terus meningkat nanti,” katanya.

Sementara itu, pengendali Sabah, Jelius Ating berkata dia sangat berpuas hati apabila pasukannya mampu membawa pulang satu mata pada aksi tersebut.

“Sabah yang dibarisi ramai pemain muda telah mencapai objektifnya iaitu tidak pulang dengan tangan kosong apabila bertemu juara Piala FA.

“Kita juga nyaris menang apabila mendapat beberapa peluang untuk menjaringkan gol…bagi saya perlawanan ini sangat berbaloi,” katanya. – BERNAMA

Tags: Dollah SallehPiala Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kuching City FC Mohon Maaf Kepada Penyokong, Ucap Tahniah Kepada JDT

Kuching City FC Mohon Maaf Kepada Penyokong, Ucap Tahniah Kepada JDT

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kelab bola sepak Kuching City FC mengucapkan tahniah kepada pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) susulan keputusan perlawanan...

Tunku Mahkota Ismail – “Allah Yang Menentukan Segala Rezeki, Alhamdulillah”

Tunku Mahkota Ismail – “Allah Yang Menentukan Segala Rezeki, Alhamdulillah”

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa syukur serta mengucapkan tahniah kepada Johor Darul Ta'zim (JDT)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd