• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pahang Sasar Bina 35,000 Unit Rumah PR1MA

oleh
19/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kerajaan Negeri akan membina 35,000 lagi rumah mampu milik di Pahang dalam tempoh lima tahun hingga 2023 melalui program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran Negeri Pahang Abd Rahim Muda berkata ia sebagai kelangsungan program yang pernah Kerajaan Negeri sebelum ini dan sebahagian daripada janji Kerajaan Negeri semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Kerajaan Negeri menyedari dan mendengar keluh kesah rakyat untuk memiliki rumah yang selesa terutama bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri ini.

“Pelbagai rungutan sering diperkatakan seperti harga rumah melambung tinggi, bekalan rumah mampu milik tidak mencukupi dan kesukaran untuk mendapatkan pembiayaan.

“Kenaikan harga rumah yang ketara telah menjejaskan kemampuan rakyat memiliki rumah dan bagi mengatasi masalah itu Kerajaan Negeri pada PRU14 berjanji untuk membina sebanyak 35,000 unit rumah mampu milik,” katanya.kepada pemberita selepas merasmikan rumah contoh PR1MA Pahang, Sungai Baging, Mukim Sungai Karang di sini hari ini.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Bahagian Perumahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sharuddin Jali dan Pengerusi Syarikat Kencana Agri Sdn Bhd Datuk Tan Kee Tong.

Untuk rekod pada PRU13 yang lepas Kerajaan Negeri juga berjanji untuk membina sebanyak 15,000 unit rumah PR1MA Pahang, namun sehingga Mac lepas hanya 116 projek PR1MA Pahang diluluskan melibat pembinaan hampir 36,000 unit rumah, jauh melebihi sasaran ditetapkan.

Sementara itu, untuk projek PR1MA Pahang di Sungai Baging, Mukim Karang, ia akan melibatkan pembinaan sebanyak dua peringkat iaitu fasa pertama 102 unit rumah, manakala fasa kedua 104 unit rumah selain 28 unit lot kedai.

Rumah yang dibina dengan keluasan binaan 1000 kaki persegi dan keluasan tanah 40′ x 70′ atau 2,800 kaki persegi itu, dijual dengan harga RM150,000 seunit, hampir 50 peratus rendah daripada harga pasaran.

Projek ini dijangka siap dalam tempoh 18 bulan dan istimewanya potongan 10 peratus turut diberikan kepada penjawat awam yang layak membeli rumah ini. – BERNAMA

Tags: PR1MA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pembeli PR1MA Seremban Boleh Masuk Rumah 1 Jun Ini – PM

Pembeli PR1MA Seremban Boleh Masuk Rumah 1 Jun Ini – PM

07/05/2023
0

SEREMBAN: Seramai 891 pemilik unit Perumahan 1Malaysia (PR1MA) Residensi Seremban Sentral di sini yang sebelum ini membantah tindakan pemaju gagal...

Rakyat Malaysia Tanpa Slip Gaji, Kini Lebih Mudah Buat Pinjaman Perumahan – PM

04/03/2022
0

JOHOR BAHRU: Golongan Keluarga Malaysia yang tidak mempunyai slip gaji, kini boleh membuat pinjaman untuk membeli rumah idaman masing-masing, kata...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd