• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAFA Tamatkan Kontrak Pengurus ‘The Bos Gaurus’

oleh Ahmad Albab
01/08/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) menamatkan kontrak pengurus pasukan The Bos Gaurus Ahmad Shahrul Azhar Sofian berkuat kuasa hari ini, kata Presidennya Hasnul Zulkarnain Abd Munaim.

Beliau berkata tempat Ahmad Shahrul kini diisi Timbalan Presiden PAFA Datuk Adly Shah Ahmad Tah seterusnya mengetuai skuad negeri meneruskan kempen Piala Malaysia pada 4 Ogos ini.

Katanya penamatan kontrak Ahmad Shahrul bukan bermotifkan politik, sebaliknya disebabkan bekas pemain kebangsaan itu tidak mampu memberi sepenuh komitmen kepada pasukan.

“Perkara ini merupakan lumrah dalam mana-mana persatuan bola sepak. Saya bertanggungjawab sepenuhnya dengan keputusan yang diambil dan jawatankuasa PAFA tidak akan merosakkan persatuan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Pada 25 Julai lepas Hasnul menyatakan bahawa khidmat Ahmad Shahrul selaku pengurus pasukan dikekalkan walaupun kontrak selaku setiausaha kehormat PAFA tidak disambung.

Menjelas lanjut, beliau berkata penamatan kontrak Ahmad Shahrul juga diyakini tidak akan mengganggu fokus skuad The Bos Gaurus untuk menepati sasaran layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia.

Beliau dalam pada itu mewakili PAFA merakamkan penghargaan kepada Ahmad Shahrul kerana berjaya menjadikan pasukan Perak antara yang disegani dalam arena bola sepak tanah air serta berharap bekas ketua pasukan kebangsaan itu akan terus memberi sumabangan kepada industri bola sepak tempatan. – BERNAMA

Tags: PAFAtamat kontrak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kawalan Ekonomi Liga Malaysia Wajar – PAFA

27/01/2019
0

NAIB Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Abd Aziz Yeop Jamaluddin menyokong langkah Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk melaksanakan...

Perak Sah Dapat Khidmat Anderson Selama Semusim

26/12/2018
0

IPOH - Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) sah mendapatkan khidmat bekas pertahanan import PKNS FC, Zac Anderson dalam menghadapi saingan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd