• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Orang Awam Tak Perlu Khuatir Akan Aset TUDM

oleh
21/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUBANG – Orang ramai tidak perlu bimbang dengan kekuatan pertahanan udara negara kerana aset Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) secara keseluruhan masih boleh digunakan, kata Ketua Bahagian Operasi No 11 Skuadron (TUDM) Lt Kol Faisal Abu Bakar.

“Secara keseluruhannya, kekuatan ketenteraan udara kita dan aset di TUDM dalam keadaan baik. Jadi orang awam tidak perlu bimbang dan beranggapan tentera udara dan aset ketenteraan TUDM lemah,” katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas sesi eksesais HOP (EX HOP) antara TUDM dan Tentera Udara India (IAF) di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, sistem operasi dan aset TUDM boleh dijaga dengan lebih rapi sekiranya mendapat bajet tambahan daripada pihak kerajaan.

“Ada antara aset kita yang sudah berusia 10 tahun dan memerlukan penjagaan lebih rapi supaya kita boleh pakai lebih lama. Sekiranya mendapat bajet lebih daripada kerajaan itu lebih baik untuk kita (TUDM),” katanya.

Beliau berkata demikian apabila ditanya akan kebolehgunaan aset TUDM, termasuk jet pejuang, kerana masalah penyenggaraan ekoran kekurangan peruntukan.

Sementara itu, EX HOP yang berlangsung dari 20 hingga 23 Ogos ini dalam bentuk latihan medan turut menyaksikan dua juruterbang dari No 11 Skuadron (SKN) TUDM menerbangkan pesawat Sukhoi SU-30MKM di Pangkalan Udara Subang hari ini.

Pada masa yang sama, seorang juruterbang dari TUDM turut terbang bersama juruterbang IAF menaiki pesawat SU-30MKI milik IA

Sebelum itu, Faisal berkata melalui eksesais itu TUDM dapat mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pesawat sedia ada untuk ditambah baik pada masa hadapan.

“Melalui eksesais ini, kita ambil perhatian maklumat penting melalui maklum balas daripada IAF apabila juruterbang mereka menaiki pesawat Sukhoi kita dan sebaliknya.

“EX HOP dianjurkan selepas eksesais Pitch Black baru-baru ini, dan kita dapati 90 peratus keupayaan pesawat kita adalah sama dengan pesawat IAF, cuma kita lebih baik dari segi sistem avionik (sistem elektronik dalam pesawat) dan ini perkara positif,” katanya. – BERNAMA

Tags: TUDM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TUDM Tidak Kompromi Terhadap Sebarang Salah Laku Atau Pelanggaran Disiplin

TUDM Tidak Kompromi Terhadap Sebarang Salah Laku Atau Pelanggaran Disiplin

07/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku dan pelanggaran disiplin membabitkan setiap warganya...

TUDM Sahkan Pendaratan Kecemasan Pesawat Latihan Di LTSAH

TUDM Sahkan Pendaratan Kecemasan Pesawat Latihan Di LTSAH

19/08/2025
0

ALOR SETAR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan berlakunya kes pendaratan kecemasan melibatkan sebuah pesawat latihan Pilatus PC-7 MkII di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd