Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Sub Kontraktor Maut Ditikam...

Akibat pertengkaran, seorang sub kontraktor kilang percetakkan maut ditikam oleh dua pekerja dalam...

Jumlah Pembayar Cukai Individu,...

CYBERJAYA - Jumlah pembayar cukai individu dan syarikat meningkat, masing-masing sebanyak 3.6 peratus...

Warga Emas 101 Tahun...

KUALA NERANG - Warga emas berusia 101 tahun yang menjaga anak lelaki bongsunya...

Mara Digital Hanya Pilihan,...

BERA - Ada pihak didapati tidak senang dengan kewujudan Mara Digital sehingga sanggup...

NUFAM Dakwa Kerajaan Tak Peduli Nasib Pekerja Kabin

KUALA LUMPUR – Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) kesal kerana kerajaan Pakatan Harapan (PH) didakwa tidak mengambil peduli isu kos sara hidup dan kebajikan pekerja kru kabin.

NUFAM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan cuma atas nama Sekretariat NUFAM mendakwa, kesatuan itu sudah berkali-kali menaikan isu kos sara hidup dan kebajikan pekerja Kru Kabin tetapi malang isu itu tidak diambil pedulikan.

“NUFAM ingin gesa pihak Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Sumber Manusia segera selesaikan isu kos sara hidup pekerja dan kebajikan pekerja.

“Pekerja kami hari ini dibayar tidak setimpal oleh syarikat hari ini dan bayangkan kos pengangkutan pergi kerja sudah meloncat tinggi,” kata Sekretariat NUFAM hari ini.

Nama Presiden NUFAM, Ismail Nasaruddin tidak tertera dalam kenyataan media itu.

NUFAM pada 8 Mei lalu iaitu sehari sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) mengecam sebuah syarikat penerbangan kerana didakwa berkempen untuk sebuah parti politik.

Parti politik yang dimaksudkan dipercayai Barisan Nasional (BN) kerana NUFAM mendakwa syarikat penerbangan itu memaksa pekerja kabinnya memakai uniform warna biru tua.

Berikut kenyataan penuh NUFAM mengenai keluhan mereka hari ini:

NUFAM gesa MOT dan KSM campur tangan dalam hal kos sara hidup dan kebajikan pekerja.

Kenyataan Media.
27 Ogos 2018

NUFAM ingin gesa pihak Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Sumber Manusia segera selesaikan isu kos sara hidup pekerja dan kebajikan pekerja.

Pihak NUFAM sudah berkali kali menaikan isu kos sara hidup dan kebajikan pekerja Kru Kabin tetapi malang sekali isu ini tidak diambil pedulikan.

Pekerja kami hari ini dibayar tidak setimpal oleh syarikat hari ini dan bayangkan kos pengangkutan pergi kerja sudah meloncat tinggi.

Kos pengangkutan tetap naik tetapi malangnya syarikat penerbangan di dalam negara masih berdalih untuk membayar elaun pengangkutan pergi kerja.

Pekerja Kru Kabin hari ini terpaksa naik teksi atau Grab dan ini ditanggung seharian oleh mereka.

NUFAM inigin menekankan isu ini atas sebab hari ini semua syarikat penerbangan di dalam negara telah mengaut keuntungan berbilion ringgit tetapi gaji bayaran serta kenaikan elaun untuk pekerja masih tidak mencukupi.

Seperti contoh elaun pergi kerja untuk seorang pekerja hanyalah untuk dibayar untuk elaun makan dan lain lain terpalsa ditanggung sendiri.


Untuk tambang pergi ke KLIA 1 dan 2, mereka terpaksa menaiki kenderaan sendiri atau teksi pada waktu biasa RM50.00 hingga RM70.00 dan waktu lepas jam 12 malam harga tambang mencecah dua kali ganda. Ada kalanya pekerja pula tidak boleh menaiki ERL kerana terlalu sesak dan jadual perjalanan akan melambat mereka. Ini sememangnya menyusahkan pekerja ini untuk mengejar jadual penerbangan mereka.

Ia sungguh tidak masuk akal apabila syarikat penerbangan ini semua masih berdegil dan tidak mahu menyediakan sistem pengangkutan untuk pekerja kru kabin ini.

Bayangkan pekerja ini terpaksa membelanjakan menaiki teksi atau Grab dalam sebulan.

Pekerja kami sudah mengadu kepada pihak syarikat tetapi mereka masih buat bodoh. Rayuan telah dikemukan kepada Kesatuan dan kami telah membawa isu ini kepada kerajaan lama.

Mereka janji hendak menyelesaikan isu ini tetapi sehingga hari ini pekerja ini masih menunggu.

Pernah satu ketika MAS ada menyediakan sistem pengangkutan tetapi selepas syarikat tersebut menjalankan pengstrukturan, pekerja ini semua terpaksa pergi kerja dengan cara sendiri.

Isu yang amat kami bimbangkan adalah isu keselamatan pekerja wanita yang terpaksa menaiki teksi pada waktu lewat malam.

Ada juga kes kes yang telah dilaporkan kepada kami dimana pekerja Kru Kabin wanita ini telah dirompak dan diganggu secara seksual apabila menaiki kenderaan sendiri. Kes kemalangan juga telah berlaku sehingga melibatkan nyawa mereka.

Jadi isu ini kami mengesa pihak kerajaan baru dapat mempertingkatkan secara segera.

Kesatuan mengesa kedua dua Kementerian ini mengambil isu ini secara serius kerana tanggungjawab syarikat penerbangan dalam negara terhadap pekerja Kru Kabin ini harus diutamakan.

Jangan tahu nak kaut keuntungan besar walhal kebajikan pekerja diabaikan. Kalau syarikat ini boleh membeli beratus biji kapal yang bernila berbilion ringgit maka mereka pun mampu membayar elaun pengangkutan atau menyediakan sistem pengangkutan agar pekerja pekerja ini tidak lagi terus dibebankan hidup mereka.

Tamat

Sekretariat
Kesatuan NUFAM

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori