• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NIOSH Tidak Bergantung Dengan Kerajaan

oleh Cj Mnh
06/08/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Audit Negara (JAN) memuji tadbir urus Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) berikutan kemampuan syarikat itu menjana pendapatan daripada aktiviti operasi tanpa bergantung kepada geran kerajaan.

NIOSH adalah Syarikat Berhad Menurut Jaminan (SBMJ) bawah Kementerian Sumber Manusia.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 1 yang dikeluarkan hari ini, kedudukan kewangan NIOSH adalah kukuh yang menyaksikan syarikat itu mencatatkan lebihan dana sebelum cukai bagi tiga tahun berturut-turut.

Ia masing-masing berjumlah RM7.42 juta pada 2014, RM9.62 juta (2015) dan RM9.07 juta (2016).

“Tahap kecairan aset semua berbanding liabiliti pada kadar nisbah 8:1 menyaksikan syarikat berupaya memenuhi obligasi jangka pendek menggunakan sumber dalaman.

“NIOSH mempunyai baki tunai dan kesetaraan tunai yang tinggi berjumlah RM147.63 juta pada 2016.

“Tambahan pula, pengurusan geran pembangunan dalam aspek penggunaan geran dan pelaksanaan projek adalah cekap menyaksikan 95 peratus daripada peruntukan dibelanjakan mengikut tujuan yang diluluskan,” menurut laporan itu.

Bagaimanapun, menurut laporan itu, terdapat kelemahan dalam aspek pemantauan yang menjejaskan projek di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11).

Secara keseluruhannya, JAN mendapati amalan tadbir urus NIOSH adalah memuaskan. Namun masih terdapat keperluan untuk penambahbaikan dalam aspek kebebasan keanggotaan dan kehadiran Lembaga Pengarah dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah serta pelaksanaan fungsi audit dalaman.

Justeru, JAN mengesyorkan supaya dilaksanakan pemantauan yang lebih berkesan dan mewujudkan jawatankuasa berasingan dengan kekerapan mesyuarat setiap bulan bagi perancangan pembangunan modul baharu serta semakan modul sedia ada. – BH Online

Tags: NIOSHtadbir urus
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Menteri Kerajaan Perpaduan Menyalahi Tata Kelola, Tadbir Urus

Tiada Menteri Kerajaan Perpaduan Menyalahi Tata Kelola, Tadbir Urus

07/07/2023
0

SERDANG : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sehingga kini tiada menteri dalam Kerajaan Perpaduan pimpinannya terlibat dalam amalan...

Punca Kuasa Penubuhan, Tadbir Urus IPT Awam Terbatal Jika AUKU Dimansuhkan

Punca Kuasa Penubuhan, Tadbir Urus IPT Awam Terbatal Jika AUKU Dimansuhkan

08/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (AUKU) disifatkan masih penting kerana menjadi punca kuasa yang menghubungkan akauntabiliti institusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd