• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM Jatuh Waima Ada Majlis Penasihat Kerajaan

oleh
16/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad diminta menjelaskan apa fungsi sebenar Majlis Penasihat kerajaan (CEP) yang beliau berkeras mahu kekalkan walaupun tempoh 100 hari kewujudannya seperti dijanjikan telah berakhir.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Mohd. Shahar Abdullah berkata, semasa penubuhan CEP pada 12 Mei lalu, Mahathir menyatakan tempoh jangka masa majlis tersebut hanya untuk 100 hari sesuai dengan peranannya bagi membantu kerajaan membentuk dasar dan program bagi mencapai janji 100 hari Pakatan Harapan.

Malangnya, kata beliau, sehingga hari ini nilai mata wang ringgit telah jatuh, banyak pelabur ‘angkat kaki’, bantuan kepada rakyat banyak telah dipotong dan rakyat masih belum dapat melihat hasilnya selepas 100 hari yang dijanjikan.

“Esok tepat 100 hari Pakatan Harapan mengambil tampuk pemerintahan negara. Dengan itu juga, tamatlah tempoh untuk parti yang kini bertindak sebagai kerajaan itu untuk menunaikan janji 100 hari dalam manifestonya yang dicanangkan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

“Dalam keadaan yang mana semua orang sedang mempersoalkan janji-janji yang tidak dapat dilaksanakan Pakatan Harapan, hari ini, Perdana Menteri mengumumkan bahawa CEP akan terus dikekalkan.

“Perdana Menteri perlu menerangkan kepada rakyat mengenai perkara ini lebih-lebih lagi belum dapat melihat fungsi CEP dalam mengukuhkan ekonomi negara meskipun hampir setiap hari mesyuarat CEP diadakan di Menara Ilham di ibu kota,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Shahar berkata, Perdana Menteri dan kerajaan Pakatan Harapan perlu juga membentangkan mengenai gaji, elaun, keistimewaan dan kemudahan yang diterima oleh setiap ahli CEP di Parlimen kerana rakyat berhak tahu, tetapi tiada jawapan yang diberikan.

Justeru, katanya, beliau sekali lagi mendesak supaya kerajaan memberitahu rakyat mengenai gaji, elaun, keistimewaan dan kemudahan yang diterima oleh setiap ahli CEP serta berapa lamakah jawatan mereka ini akan dikekalkan.

“Paling penting, apa KPI yang telah dicapai oleh CEP dalam masa 100 hari mereka dilantik untuk kononnya menyelamatkan ekonomi Malaysia,” katanya. – MYNEWSHUB.TV

Tags: nilai ringgit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Jatuh Tidak Beri Kesan Besar Terhadap ECRL

19/05/2022
0

KUALA NERUS: Kejatuhan nilai ringgit tidak memberi kesan besar terhadap pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram Ketua...

Nilai Ringgit Makin Merundum, Inflasi Meningkat Sejak PH Perintah!

30/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Nilai mata wang ringgit terus menunjukkan kejatuhan berbanding dolar Amerika Syarikat (USD) sejak Malaysia berada dibawah pimpinan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd