• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Netizen Dilarang Sebut Maha Firaun, Mat Sabun, Mak Lampir…

oleh
11/08/2018
dalam Gaya Hidup, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALAHAI… Bimbang dengan kebangkitan rakyat yang marah terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH), netizen tempatan mula dilarang guna beberapa perkataan yang kutuk tokoh politik blok itu!

Perkara pelik itu antara panduan yang disediakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) konon bagi memastikan pengguna media sosial negara ini lebih sopan dan tidak biadab hina pemimpin PH tertentu.

Ini termasuk larangan penggunaan perkataan Maha Firaun yang lazim dipakai penentang kerajaan PH bagi hina imej Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan sering dirujuk berperangai teruk ala Firaun era Mesir kuno.

Turut dilarang ialah perkataan Mat Sabun yang sebenarnya bagi sindir nama panggilan Presiden PAN, Mohamad Sabu tetapi sering disebut ringkas sebagai Mat Sabu dalam kalangan pengamat politik tanah air sejak dahulu lagi.

Tidak ketinggalan ialah nama Mak Lampir yang popular diguna pakai ramai penyokong Barisan Nasional (BN) bagi kutuk Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin; kini juga merupakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Arahan kelakar dikeluarkan oleh SKMM itu konon dapat kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka, Lembaga Penapisan Filem, Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Persatuan Radio Komersial Malaysia.

Bagaimanapun portal berita Malaysiakini melaporkan arahan itu sebenarnya dikeluarkan kerajaan PH sendiri bagi melarang warga penyiar dan pengguna media sosial menggunakan perkataan yang kurang sopan menerusi media.

Juga dilarang ialah TV Tiga Suku bagi merujuk gelaran stesen TV3 kerana banyak bodek kerajaan PH selain Parti Kencing Rakyat untuk akronim PKR sebab selalu mungkir janji manifestonya selepas Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Bukan itu sahaja, netizen pro-BN juga dilarang keras oleh pihak SKMM untuk ejek pemimpin PH yang amat dibenci mereka dengan gelar perkataan buruk seperti anjing, babi, lembu, syaitan, iblis, hantu, dedak, murtad dan kafir.

Juga F**katan, celaka, pundek, pariah, haram jadah, kepala bapak, puaka, bastard, asshole, tiu, kanina, kan ni lau mu, pok gai dan cibai yang begitu popular diguna menerusi media sosial bagi menyelar perangai tokoh PH terbabit.

Namun menerusi panduan “Bahasa Terlarang” diterbitkan SKMM itu, lapor Malaysiakini, masyarakat juga ditegah guna perkataan ‘DAPig’ untuk kutuk DAP, ‘Umngok’ untuk menghina UMNO dan ‘Pascai’ untuk mengecam PAS.

“Menyedari kepentingan kesantunan bahasa dan usaha mempertingkatkan kualiti kandungan siaran dalam media penyiaran, rujukan industri ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman para pengamal media penyiaran.

“Ia dalam penyelarasan tafsiran dan suntingan berkaitan penggunaan bahasa terlarang khususnya bahasa kasar, kesat dan lucah,” kata Ketua Pegawai Keselamatan Rangkaian dan Penguatkuasaan SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin.

Kelakarnya, pihak SKMM tidak pula menyebut secara langsung apakah bentuk tindakan yang boleh dikenakan terhadap pengguna media sosial jika panduan bahasa tersebut masih lagi dilanggar. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Maha FiraunSKMMSuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan PH Lepasi Tahap Lulus Janji Manifesto PRU14

Next Post

Kewangan Negara Teruk, Punca Ada Janji Sukar Ditunai

Related Posts

SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

28/04/2025
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menjalankan siasatan terhadap seorang pempengaruh media sosial berkaitan penyebaran maklumat...

Insiden Pulau Angsa: Kotak Hitam Helikopter Maritim Malaysia Ditemui

Zuraida: Tindakan Fahmi Persis Pemerintahan Komunis

17/04/2024
0

Timbalan Presiden Muafakat Nasional Zuraida Kamaruddin menyifatkan tindakan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil seperti "pemerintahan negara komunis", susulan arahannya agar Suruhanjaya...

Next Post

Kewangan Negara Teruk, Punca Ada Janji Sukar Ditunai

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd