• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nelayan Disyaki Edar Dadah Ditahan

oleh Ahmad Albab
23/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – Kegiatan seorang nelayan yang aktif mengedar dadah di daerah ini sejak lima bulan lalu akhirnya terencat selepas dia dicekup polis dalam satu serbuan di sini minggu lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat Supt KS Mender Singh berkata suspek 54 tahun itu diberkas di rumahnya di Minyak Beku pada 2.15 petang, 15 Ogos lepas susulan intipan selama sebulan oleh polis.

Dalam serbuan itu polis turut merampas pelbagai jenis dadah termasuk heroin dan syabu bernilai kira-kira RM1,300, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat, di sini hari ini.

Beliau berkata suspek dipercayai membekalkan dadah kepada nelayan dan juga penagih di sekitar Minyak Beku.

Lelaki berkenaan yang turut didapati positif dadah kini direman 14 hari sehingga 29 Ogos dan kes disiasat menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mender juga berkata lelaki tersebut merupakan suspek pengedar dadah kelapan yang diberkas di daerah itu setakat ini bagi tahun ini.

Mengulas perkembangan lain, Mender meminta setiap pemilik premis di daerah itu mengambil tahu jenis perniagaan yang dijalankan oleh penyewa mereka bagi mengelakkan mereka terlibat dengan aktiviti yang melanggar undang-undang.

“Sepatutnya mereka ini (pemilik premis) tidak hanya mengambil tahu untuk menyewa kedai sahaja tetapi perlu tahu jenis perniagaan kerana mereka juga akan turut didakwa sekiranya terdapat kegiatan yang salah,” katanya.

Beliau memberi ingatan itu susulan tangkapan ke atas 37 individu kerana terbabit dalam kegiatan perjudian haram menerusi 35 serbuan yang dilakukan di daerah tersebut pada minggu ini.

Katanya mereka yang berusia 20 hingga 40 tahun dengan dua daripadanya didapati menjalankan aktiviti judi dalam talian dan 33 lagi melakukan aktiviti loteri awam tanpa lesen.

“Dalam serbuan terbabit polis turut merampas dua buah telefon bimbit dan empat tablet yang digunakan sebagai peranti serta wang tunai berjumlah RM2,903. Kes akan disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya. – BERNAMA

Tags: Edar DadahNelayan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Bekas Sarjan Mejar Diarah Bela Diri Tuduhan Edar Dadah

Bekas Sarjan Mejar Diarah Bela Diri Tuduhan Edar Dadah

30/07/2025
0

SEREMBAN - Mahkamah Tinggi di sini mengarahkan seorang pesara polis berpangkat Sarjan Mejar membela diri atas pertuduhan mengedar dadah jenis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd