• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Negeri Sembilan Catat 2,383 Kes HFMD – Exco

oleh
27/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan merekodkan 2,383 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dari awal Januari sehingga hari ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S. Veerapan.

Beliau berkata jumlah kes itu menunjukkan peningkatan sebanyak 278.3 peratus berbanding 630 kes pada tempoh yang sama, tahun lepas.

“Taburan kes HFMD mengikut daerah setakat ini adalah 1,640 kes di daerah Seremban, Port Dickson (197), Jempol (181), Kuala Pilah (121), Rembau (105), Jelebu (79), dan 60 kes di Tampin.

“Pada minggu ke-34 , bilangan kes HFMD dilaporkan di negeri ini adalah sebanyak 96 kes dan tiada taska, prasekolah dan tadika yang masih ditutup dalam minggu tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, berdasarkan analisa semasa mendapati 75 peratus sehingga 82 peratus kes yang dilaporkan menghidap HFMD di negeri ini terdiri daripada kanak-kanak berumur satu hingga lima tahun.

Veerapan berkata langkah-langkah pencegahan perlu sentiasa diamalkan oleh orang ramai khususnya pengusaha dan penjaga kanak-kanak di taska, tadika dan prasekolah bagi mencegah penularan virus ini.

“Sentiasa memastikan kebersihan premis terutama peralatan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak selain sentiasa mengamalkan kebersihan diri termasuk mencuci tangan selepas menguruskan kanak-kanak sebelum mengendali kanak-kanak yang lain,” katanya.

Beliau juga menasihati ibu bapa atau penjaga kepada kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda jangkitan HFMD untuk tidak membawa anak ke tempat-tempat awam, sekolah, taska,tadika dan pusat asuhan kerana boleh menyebakan berlaku jangkitan.- BERNAMA

Tags: HFMD
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kes HFMD Lepasi Paras Amaran Kebangsaan

Kes HFMD Lepasi Paras Amaran Kebangsaan

20/05/2023
0

PUTRAJAYA: Jumlah kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam negara dilaporkan melepasi paras amaran kebangsaan iaitu 1,150 kes seminggu...

HFMD: Kes Baharu Turun 35.9 Peratus

HFMD: Kes Baharu Turun 35.9 Peratus

27/06/2022
0

SUNGAI PETANI – Kes baharu penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri ini menurun sebanyak 189 kes atau 35.9...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd