• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Murid Melecur Ketika Amali Sains Bukan Kecuaian Guru

oleh Ahmad Albab
10/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SITIAWAN – Kejadian empat murid tahun dua Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Maha Ganesa Viddysalal di sini melecur terkena air panas bukan disebabkan kecuaian guru, sebaliknya lebih kepada kemalangan.

Exco Pendidikan, Teknologi, Sains, Alam Sekitar dan Penerangan Dr Abdul Aziz Bari berkata siasatan mendapati tiada sebarang pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dilakukan oleh pihak sekolah ketika sesi pembelajaran di makmal.

Katanya semasa kejadian kira-kira 10.30 pagi itu, seramai 35 murid tahun dua sedang menjalani sesi amali sains bersama seorang guru sebelum tiga pelajar lelaki dan seorang perempuan terkena air panas.

“Saya harapkan kita tidak menuding jari kepada pihak sekolah dan guru kerana ia tidak membantu, sebaliknya hanya menambah trauma kepada guru yang terlibat,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melawat seorang pelajar yang melecur di bahagian kaki kanan di SJKT Maha Ganesa Viddysalal di sini hari ini.

Tiga murid lelaki yang terlibat kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh dengan seorang daripadanya melecur hampir seluruh bahagian hadapan badan termasuk kemaluan, manakala dua lagi di bahagian perut ke bawah.

Abdul Aziz berkata kerajaan negeri akan memberi bantuan sewajarnya kepada keluarga pelajar terbabit dan pihak sekolah tersebut untuk mengelak kejadian sama berulang.

Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata keadaan makmal yang serba kekurangan di setiap sekolah perlu diberi perhatian bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku sehingga menyebabkan kecederaan kepada murid.

“Insiden ini juga memberi kesedaran kepada kita supaya perlu komited dalam memberi prasarana kepada sekolah-sekolah,” katanya. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: kes melecurmurid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

22/01/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sedang melaksanakan siasatan dalaman berhubung kejadian murid cedera ditampar di sebuah sekolah...

Murid 10 Tahun Maut Dipukul Guru Besar Ketika Perhimpunan Sekolah

Murid 10 Tahun Maut Dipukul Guru Besar Ketika Perhimpunan Sekolah

02/06/2025
0

PESHAWAR: Seorang murid lelaki berusia 10 tahun meninggal dunia selepas dipukul oleh guru besar sekolahnya di hadapan semua murid semasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd