• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Mujur Cucu Keluar’

oleh Cj Mnh
14/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – “Jika cucu saya masih menonton televisyen, mungkin malapetaka menimpa keluarga kami,” kata Sahariman Jumpot, pemilik rumah di Kampung Segedup, Batu Kawa, di sini, yang roboh dirempuh kereta, petang semalam.

Sahariman, 52, berkata sebelum kejadian kira-kira jam 4 petang itu, cucunya Haikal Fauzi, 11, berada di ruang menonton televisyen yang dirempuh kereta Honda CRV itu.

Beliau berkata, cucunya memang setiap petang menonton televisyen sebaik balik dari sekolah.

“Syukurlah, dia keluar ketika itu. Sebelum itu, memang dia ada di depan televisyen dan gelas air minumannya pun masih berada di situ ketika kejadian berlaku,” katanya.

Sahariman berkata, ketika itu beliau tidur di bilik tidurnya yang bersebelahan ruang televisyen itu.

“Saya terjaga apabila terdengar dentuman dan rumah pula bergegar. Pada masa sama, tangan saya terkena serpihan konkrit dinding bilik tidur saya yang pecah.

“Dalam keadaan terpinga-pinga, saya keluar dan hampir pengsan apabila melihat kereta berada di dalam rumah saya,” katanya.

Kakitangan Lembaga Air Kuching itu berkata, sebaik menyedari rumahnya dirempuh kereta itu, beliau terus mencari cucunya kerana bimbang dia tersepit di bawah runtuhan dinding.

“Saya lega cucu tiada di sana dan saya juga mencari isteri dan anak yang lain. Nasib baiklah ketika kejadian isteri dan anak lelaki saya berada di dapur manakala anak gadis saya sedang belajar memandu manakala dua lagi bersekolah,” katanya.

Beliau berkata, kerugian yang dialaminya termasuk kerosakan televisyen dan set karaoke dianggarkan berjumlah RM150,000.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu, berkata kesilapan wanita berusia 53 tahun itu menekan pedal minyak, ketika membuat pusingan U di hadapan rumah terbabit dikenal pasti punca kejadian.

Katanya, pemandu kereta serta penghuni rumah tidak cedera dan kes disiasat mengikut RULE 10 LN166/59 Kaedah Lalu Lintas untuk kes kemalangan jalan raya yang tidak membabitkan kecederaan atau kematian. – BH Online

Tags: dirempuhrumah roboh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

Kebakaran Rumah Ngeh Koo Ham, Polis Tahan Seorang Suspek

Dua Beradik Dirempuh Lori Agensi Penyelamat Menang Saman RM1.12 Juta

12/01/2024
0

KOTA BHARU: Dua beradik yang parah dirempuh sebuah lori agensi penyelamat di Jalan Pantai Damat, Bachok hampir dua tahun lalu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd