• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Muhyiddin Pulih Dengan Baik, Keluar Hospital Tak Lama Lagi’

oleh
06/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – “Muhyiddin sedang pulih dengan baik dan akan dibenarkan keluar hospital tidak lama lagi. Doakan semuanya berjalan lancar buat beliau kerana Malaysia perlukan beliau,” kata bekas Perdana Menteri Singapura Goh Chok Tong.

Goh hari ini melawat Tan Sri Muhyiddin Yassin di hospital yang beliau sedang menerima rawatan di sini.

Dalam Facebook beliau, Perdana Menteri Kedua Singapura itu menulis yang beliau berbual mesra dengan Menteri Dalam Negeri Malaysia itu yang beliau sifatkan sebagai “rakan lama”.

“Kami mengimbas semula apa yang kami telah lakukan untuk memperkukuhkan hubungan Johor-Singapura semasa saya menjadi PM dan beliau Menteri Besar Johor. Saya akan berkunjung ke kediamannya, Saujana, bagi sambutan Hari Raya (durian menjadi hidangan utamanya) dan beliau akan datang ke Istana untuk jamuan malam CNY (Tahun Baharu Cina),” tulisnya.

Goh mengiringi catatannya itu dengan menampilkan tiga keping gambar yang satu daripada turut merakamkan kehadiran anak Muhyiddin, Najwa, seorang penyanyi R&B.

“Anaknya turut menunjukkan kepada saya gambar kami dalam hitam putih di dalam telefon bimbit semasa dia masih kecil,” kata Goh sebelum mengakhiri catatannya dengan huruf awal namanya GCT.

Menteri Dalam Negeri itu selamat menjalani pembedahan mengeluarkan ketumbuhan pada pankreas yang dikesan pada tahap awal.

Muhyiddin mengambil cuti bermula 12 Julai untuk menjalani rawatan susulan dan dijangka bekerja semula dalam masa sebulan.

Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad menjalankan tugas sebagai Menteri Dalam Negeri semasa Muhyiddin bercuti. – BERNAMA

Tags: Goh Chok TongMuhyiddin Yassin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

31/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan perihal kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN), peranan...

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

11/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tan Sri Abdul Hadi Awang menggesa Perikatan Nasional (PN) mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT), selaras Fasal 8.3(l)(b)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd