• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohd Fauzi Penyumbang Emas Termuda

oleh
31/08/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Pada usia 16 tahun, Mohd Fauzi Kaman Shah sekali lagi mencuri tumpuan apabila menghadiahkan pingat emas tunggal dalam acara pelayaran di Pusat Pelayaran Kebangsaan Indonesia dekat Ancol, hari ini.

Mohd Fauzi juga adalah penyumbang emas termuda pada temasya Sukan SEA Singapura pada 2015 menerusi acara Optmist.

Dia melakukannya sekali lagi apabila mengungguli saingan kelas Open Laser 4.7 sejak hari pertama pada penampilan sulung di Sukan Asia.

“Saya amat gembira kerana berjaya merealisasikan impian mencari emas di sini,” katanya yang berasal dari Kedah.

Mohd Fauzi bagaimanapun tampak masih belum puas kerana acara disertainya tidak termasuk dalam acara Olimpik dan sedang menimbang untuk menukar acara bagi membolehkannya beraksi di temasya terbesar di dunia itu.

“Selepas ini saya akan menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) Perak terlebih dulu dan Insya Allah menghantar keluarga mengerjakan umrah.

“Saya perlu memikirkan beberapa perkara lagi sebelum menukar kelas terutama membabitkan berat badan saya,” katanya.

Kejayaan Mohd Fauzi turut diiringi dengan satu lagi pingat perak dan dua gangsa dalam acara pelayaran.

Perak diraih Khairulnizam Mohd Afendy dalam acara Laser Standard lelaki yang membolehkan turut layak ke Olimpik.

Nur Shazrin Mohamad Latif turut meraih gangsa dalam acara Laser Radial seterusnya layak ke Olimpik Tokyo.

Dua lagi gangsa dikutip dalam acara 470 wanita menerusi Nuraisyah Jamil dan Norashikin Mohamad Sayed serta acara Mix RS One yang disumbangkan Illham Wahab serta Nuur Fatin Solehah Abdul Rahman. – BH Online

Tags: layar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kejohanan Remaja Dunia ISAF 2015 Catat Penyertaan Teramai

27/12/2015
0

LANGKAWI - Kejohanan Layar Remaja Dunia Persekutuan Pelayaran Antarabangsa (ISAF) yang bermula Selasa ini bakal menguji kemampuan dan keupayaan pelayar-pelayar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd