Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

Najib Akan Hadir Beri...

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak...

Lelaki Tikam Kepala Sendiri...

LONDON - Seorang lelaki dibawa ke hospital selepas dia menikam kepalanya sendiri bertubi-tubi...

3 Suruhanjaya Tinggi Dipanggil...

KUALA LUMPUR - Pusat Pengurusan Krisis (CMC) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan berbincang...

Rakyat Malaysia Dipelawa Beri...

PETALING JAYA - Para juri telah bersedia memilih nama untuk anak panda dan...

Kejohanan Remaja Dunia ISAF 2015 Catat Penyertaan Teramai

LANGKAWI – Kejohanan Layar Remaja Dunia Persekutuan Pelayaran Antarabangsa (ISAF) yang bermula Selasa ini bakal menguji kemampuan dan keupayaan pelayar-pelayar dari dalam dan luar negera yang menyertai pertandingan itu.

Pengarah Kejohanan merangkap Setiausaha Kehormat Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA), Megat Fairuz Khairuddin berkata seramai 443 orang pelayar dari 80 buah negara akan berentap pada kejohanan itu dalam sembilan kategori, antaranya Laser Radial, International 420, 29er dan SL16.

“Malaysia adalah negara kedua di Asia menganjurkan kejohanan itu yang sebelum ini di Busan, Korea Selatan 10 tahun lepas,” katanya kepada Bernama di sini.

Menurutnya kejohanan tahunan itu merupakan edisi ke-45 dengan Tavira, Portugal menjadi tuan rumah pada tahun lepas, sementara bagi kejohanan tahun ini Malaysia mencatat penyertaan tertinggi berbanding sebelum ini.

“Kita berharap pertandingan berpestij ini akan berlangsung dengan lancar berikutan keadaan cuaca dan angin yang agak baik bagi membolehkan persaingan hebat antara pelayar-pelayar yang mengambil bahagian,” katanya.

Megat Fairuz Khairuddin berkata, seramai 117 orang pegawai dari dalam dan luar negara akan bertugas sepanjang kejohanan itu berlangsung.


Katanya Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan merasmikan kejohanan itu di Taman Lagenda Langkawi esok pada pukul 5.00 petang.

Antara yang turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Jamil Salleh, Presiden MYA, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Tan Sri Khalid Ramli.

“Ini adalah penganjuran terbesar pernah dianjurkan oleh Malaysia dalam meningkatkan sukan layar di negara ini,” katanya.

Kejohanan Remaja Dunia ISAF ini akan berlangsung selama seminggu di Kompleks Perahu Layar Kebangsaan Langkawi dan akan berakhir Ahad depan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]rPLPjqwkl4Y[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • layar

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori