Monday, July 22, 2024

Creating liberating content

Saham Dunia Susut Paling...

WASHINGTON - Saham di seluruh dunia mengalami hari yang paling teruk sejak krisis...

Laporan Bedah Siasat Mangsa...

KUALA LUMPUR - Laporan bedah siasat mangsa helikopter terhempas di Taman Melawati sudah...

Hafidz Roshdi Sudah Sedia...

MESKIPUN kandungan isterinya baru mencecah usia empat bulan, aktor Hafidz Roshdi sudah pun...

‘Saya Tak Tahu Ada...

JELEBU: "Saya tidak tahu menahu ada Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) mengadakan...

Miliki Gari Polis, Penyelia Kilang Didenda RM500

PETALING JAYA Akibat memiliki gari polis, seorang penyelia kilang didenda maksimum RM500 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Nor Ariffin Hisham menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Arsami Zakaria, 36, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki sepasang gari yang dibekalkan kepada pihak polis.

Dia melakukan kesalahan itu di Malaysia International Exhibition dan Convention Centre, Jalan Dulang, Mines Resort City, Seri Kembangan, di sini, pada 3.30 petang, 17 Julai lepas dan didakwa mengikut Seksyen 89 Akta Polis 1967 yang membawa hukuman denda maksimum RM500 atau penjara yang boleh sampai enam bulan atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran terhadap tertuduh .

“Saya pohon mahkamah mengambil kira faktor keselamatan dan kepentingan awam kerana kes ini melibatkan orang awam yang memiliki gari yang dibekalkan kepada polis”, katanya.

Bagaimanapun, bapa dua anak yang tidak diwakili peguam itu merayu hukuman ringan atas alasan dia penanggung utama keluarga.

Sementara itu, Mohd Arsami bersama rakannya Mohd Nazreen Ariffin, 29, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan melakukan samun berkumpulan terhadap empat pekerja hotel, 12 Julai lepas.


Mereka didakwa secara bersama-sama telah melakukan samun berkumpulan dengan merompak wang tunai berjumlah RM1,995, sekeping kad bank dan empat telefon bimbit milik empat pekerja hotel itu di hadapan Hotel Sun Inn, Jalan Dagang, Serdang, di sini, mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Asyraf Ashy’ari Kamaruzaman menawarkan jaminan masing-masing RM15,000 dengan seorang penjamin tetapi mereka yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah kerana tidak berkemampuan.

Hakim Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Ogos untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori