• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MHTC : Malaysia Berpotensi Jadi Hab Kesuburan Asia

oleh Cj Mnh
06/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia berpotensi menjadi hab kesuburan Asia menjelang tahun 2020, kata Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC).

Menurut MHTC, Malaysia kini menjadi destinasi popular bagi pelancong kesihatan dari China, terutamanya untuk teknologi pembiakan berbantu (ART).

Faktor dorongan adalah 65 peratus purata kadar kehamilan klinikal melalui kaedah pembenihan in-vitro (IVF), sejenis ART, berlaku di Malaysia berbanding purata global sebanyak 50 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif MHTC, Sherene Azli berkata dengan kadar kejayaan yang tinggi dalam IVF, disokong oleh permintaan yang semakin meningkat dan berterusan untuk perkhidmatan kesuburan di rantau ini, kami mula mempromosikan Malaysia sebagai hab kesuburan Asia.

“Kami mempunyai kemudahan teknologi penjagaan kesihatan kelas pertama serta mempunyai kepakaran untuk mengendalikan dan mengoptimumkannya,” kata Sherene ketika ditemui Bernama semasa majlis makan malam Kongres Sains & Ginekologi Antarabangsa Malaysia (MISCOG) 2018, di sini, baru-baru ini.

Persidangan itu dianjurkan oleh Persatuan Obstetrik & Ginekologi Malaysia.

Antara yang hadir di persidangan tersebut ialah perwakilan dari China, Indonesia, Bangladesh, India, Vietnam, dan Myanmar, yang berminat untuk meneroka industri kesuburan Malaysia.

MHTC turut menganjurkan program lawatan selama tiga hari ke klinik kesuburan Malaysia yang terpilih untuk para perwakilan sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk mempamerkan keupayaan penjagaan kesihatan negara sebagai pusat kesuburan.

Antara kemudahan yang dikunjungi ialah rangkaian hospital MHTC seperti Pusat Kesuburan TMC, Pusat Kesuburan Alpha, Pusat Kesuburan Antarabangsa Sunfert, Fertility Associates, Pusat Kesuburan KL dan Pusat Perubatan Prince Court. – BERNAMA

Tags: kesuburanMHTC
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Komited Sokong Industri Penjagaan Kesihatan

24/11/2020
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan menyatakan komited berterusan untuk menyokong industri penjagaan kesihatan Malaysia dalam mendepani cabaran yang dicetuskan COVID-19. Menteri...

Kadar Kesuburan Rakyat Malaysia Menurun

24/10/2019
0

PUTRAJAYA - Kadar kesuburan di Malaysia menurun daripada 1.9 anak pada 2017 kepada 1.8 anak bagi setiap perempuan berumur antara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd