• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menara Eiffel Dibuka Semula Hari Ini

oleh Ahmad Albab
03/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIS – Mercu tanda terkenal di sini, Menara Eiffel akan dibuka semula kepada pelancong mulai hari ini, selepas ia ditutup sejak tengah hari Rabu lalu, berikutan tindakan mogok oleh pekerjanya.

Keputusan itu dibuat susulan perbincangan antara pekerja terbabit dengan persatuan pengendali Menara Eiffel, (SETE).

“SETE sedar masalah ini (penutupan) menimbulkan kesulitan dan masalah kepada pengunjung Menara Eiffel dan ia turut menjejaskan imej bandar raya Paris dan Perancis.

“Justeru, kami memohon maaf kepada semua pihak, penduduk Paris, warga Perancis dan semua pelancong asing,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beberapa tindakan mogok dilancarkan oleh kira-kira 300 pekerja menara itu membabitkan pelbagai isu, termasuk masalah penyeluk saku dan kerja penyenggaraan.

“Ia adalah sesuatu yang amat menyedihkan apabila perkara ini berlaku dan pengunjung (Menara Eiffel) yang menjadi mangsa, tetapi kami sudah melakukan apa yang terdaya untuk mengelakkan ia daripada terjadi,” kata jurucakap kesatuan sekerja, Gabungan Buruh Am (CGT), Denis Vavassori.

Katanya, masalah kesesakan boleh dikurangkan jika orang ramai diberi peluang untuk menggunakan lif tanpa mengira jenis tiket yang mereka miliki, sekali gus dapat mengurangkan tempoh menunggu.

Sebelum ini, kakitangan terbabit dilaporkan berang dengan keputusan pihak pengurusan bulan lalu, iaitu untuk mengetepikan separuh daripada tiket harian Menara Eiffel bagi pelancong yang ingin membeli lebih awal secara dalam talian, mengikut masa yang sesuai dengan lawatan mereka.

Ketika ini, hanya kira-kira 20 peratus daripada jumlah tiket bagi menaiki menara setinggi 324 meter itu boleh ditempah lebih awal. – AFP/BH ONLINE

Tags: Menara EiffelParis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Vidal Tinggalkan Bayern Munich

Next Post

PM Tidak Halang Sesiapa Baca Utusan

Related Posts

Pekerja Kilang Beras Maut Digilis Lori

Chong Wei Terkandas Di Paris

21/04/2024
0

BEKAS pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan keluarganya terperangkap di Paris kerana banjir kilat di Dubai, Emiriah...

Longgokan Sampah Cemari Kota Paris

Longgokan Sampah Cemari Kota Paris

16/03/2023
0

PARIS - Beribu-ribu tan sampah tidak dikutip sejak hampir seminggu lalu bukan sahaja mencacatkan pemandangan Paris, malah ia menimbulkan bau...

Next Post

PM Tidak Halang Sesiapa Baca Utusan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd