Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

PRU15: Tidak Wakili Majlis...

BERA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kenyataan 70 profesor...

Lelaki Ditahan Disyaki Pukul...

KANGAR - Seorang lelaki ditahan kerana disyaki memukul bayi perempuannya yang berusia enam...

Lebih 10,000 Rakyat Johor...

JOHOR BAHRU - Lebih 10,000 rakyat negeri Johor membanjiri Dataran Bandaraya di sini...

UMNO Calonkan Saarani Menteri...

IPOH - UMNO Perak menamakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan yang...

MBIP Sita Lebih 30 Gerai Warga Asing Tanpa Lesen

JOHOR BAHRU – Lebih 30 gerai milik warga asing tanpa Iesen disita dalam operasi pembersihan penjaja pasar malam haram oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) di sebuah tapak asrama pekerja buruh binaan, di Gelang Patah, dekat di sini hari ini.

Ketua Operasi MBIP Azrullail Masijan berkata operasi bermula pada 8 pagi dan berakhir kira-kira 1 tengah hari itu melibatkan 30 anggota penguatkuasa MBIP selepas risikan dijalankan sejak sebulan lepas.

“Serbuan dilakukan selepas MBIP menerima aduan daripada pihak pemaju tapak pembinaan selain masalah pencemaran berpunca daripada penjaja berkenaan yang dilaporkan berlaku sejak sebulan lalu.

Operasi berkenaan juga dilakukan setelah pihaknya mengeluarkan 34 notis henti niaga sejak 25 Julai lalu, namun, tidak diendahkan penjaja di tapak asrama buruh binaan berkenaan,” katanya yang dihubungi di sini hari ini.

Azrullail berkata rata-rata warga asing yang terlibat adalah warganegara Bangladesh dengan kebanyakan barang jualan melibatkan ikan, ayam, sayur-sayuran serta keperluan harian lain.


Beliau berkata pihaknya turut menyita 120 khemah dan kanopi dan kesemua sitaan berkenaan dilakukan mengikut Undang-Undang Kecil 3, Undang-Undang Penjaja Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) 1982, di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

“Ada penjaja yang lari dalam serbuan ini, mereka meninggalkan barang jualan begitu sahaja kerana takut diambil tindakan” katanya. – BERNAMA

Kategori