• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malindo Air Ke Labuan Bantu Tingkat Kesalinghubungan

oleh
02/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Malindo Air hari ini melancarkan penerbangan harian antara Kuala Lumpur untuk membolehkan kesalinghubungan dengan pulau bebas cukai itu ditingkatkan dan membantu merangsang pembangunan ekonomi dan pelancongan.

Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad melepaskan sulung OD1900 menggunakan pesawat Boeing 737NG, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.30 tengah hari.

Penerbangan itu yang membawa delegasi khas dari kementerian dan Malaysia Airport Berhad (MAB) serta wakil media, diberi sambutan tradisional setibanya di sini. Setiap penumpang juga menerima cenderahati yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Datuk Azhar Ahmad.

Pelancaran penerbangan Malindo Air antara Kuala Lumpur dan Labuan menjadikan jumlah penerbangan masuk dan keluar dari Lapangan Terbang Labuan kepada 28 penerbangan termasuk 26 penerbangan yang dikendalikan oleh Malaysia Airlines dan AirAsia yang juga terbang antara Labuan dan Kota Kinabalu dan Miri selain Kuala Lumpur.

Penerbangan Malindo Air ke Labuan akan berlepas dari KL pada 12.45 malam sementara penerbangan balik akan meninggalkan Labuan pada 3.45 petang.

Azhar berkata laluan baharu itu akan membuka jalan bagi memperkenalkanh produk pelancongan baharu dan menaik taraf kemudahan pelancongan di pulau berkenaan.

“Kita sedang mengkaji tentang bagaimana kita dapat menarik lebih ramai pelawat ke Labuan melalui satu lagi penerbangan menghubungkan Labuan dengan Kuala Lumpur yang diperkenalkan oleh Malindo Air. Kami berterima kasih kepada Kementerian Wilayah Persekutuan, Malindo Air dan Malaysia Airport kerana menjadikannya satu realiti,” kata beliau.

Azhar berkata Perbadanan Labuan, sebagai pihak berkuasa tempatan, akan memastikan Labuan dan pantainya mengekalkan keindahan semula jadi dan dijaga dengan bersih.

Beliau juga memuji keputusan Malindo Air membenarkan penumpang membawa sehingga 25 kg makanan laut beku yang dibungkus dengan bayaran hanya RM20. – BERNAMA

Tags: Malindo Air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malindo Air Perkenal Laluan Penerbangan Kota Bharu-Langkawi

05/01/2022
0

KUALA LUMPUR : Malindo Air membuka tempahan untuk laluan penerbangan baharu Kota Bharu-Langkawi-Kota Bharu bermula 27 Januari ini. Malindo Air...

Malindo Air Gantung Penerbangan Ke Tianjin, Guangzhou

03/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Malindo Air menggantung dua lagi penerbangan antarabangsa antara Malaysia dan China berikutan penularan novel koronovirus 2019 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd