• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysian Tigress Tamat Aksi Di Tempat Kelima

oleh
29/08/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Malaysia menamatkan saingan hoki wanita di tempat kelima setelah mengatasi Thailand 2-0 pada perlawanan penentuan kelima-keenam di Padang Hoki Gelora Bung Karno di sini, hari ini.

Pada aksi berkenaan, Nuraini Abdul Rashid membuka tirai jaringan untuk skuad Malaysian Tigress menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-22 sebelum Hanis Nadia Onn mengesahkan kemenangan skuad negara menerusi gol padang pada minit ke-54.

Keputusan tersebut menyaksikan skuad wanita negara mengulangi pencapaian pada tiga edisi terdahulu – 2006, 2010 dan 2014 pada kedudukan kelima.

Pengendali skuad hoki negara, Muhammad Dharma Raj Abdullah yang ditemui media Malaysia berpuas hati dengan kemenangan itu walaupun mengakui agak kecewa dengan kegagalan barisan penyerang menyempurnakan banyak peluang menjaringkan gol menerusi tujuh pukulan sudut penalti pada perlawanan berkenaan.

“Bukan mudah menentang Thailand memandangkan mereka memberikan saingan sengit kepada pasukan kita. Bukan mudah juga untuk memberikan motivasi kepada pemain selepas mereka tewas kepada Jepun dan kekecewaan tersebut jelas dapat dilihat pada aksi hari ini.

“Arahan saya kepada pemain pada hari ini untuk memenangi perlawanan dengan apa cara sekali pun. Bagi saya, jumlah jaringan dan corak permainan tidak penting kerana yang lebih penting adalah kemenangan,” jelas Muhammad Dharma Raj.

Malaysia sebelum ini tewas kepada Jepun 1-3 pada aksi terakhir Kumpulan A, sekali gus meleburkan hasrat mereka melangkah ke separuh akhir.

Berdasarkan format pertandingan, hanya dua pasukan terbaik daripada Kumpulan A dan B, layak ke separuh akhir. – BERNAMA

Tags: Hoki Wanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Rugi Jika Tak Bida Piala Dunia Wanita

05/06/2018
0

MALAYSIA pasti rugi sekiranya tidak membida untuk menjadi tuan rumah kejohanan hoki Piala Dunia Wanita 2022, kerana ketika itu segala-galanya...

Otak Wanita Adalah Lebih Aktif Daripada Lelaki

02/09/2017
0

DALAM satu ujian pengimejan fungsi otak oleh sebuah klinik di California, Amerika Syarikat (AS) melakar sejarah apabila telah membandingkan 46,034...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd