• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Perlukan Lebih Banyak Pakar Bedah Neuro

oleh Cj Mnh
17/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye hari ini menyentuh tentang keperluan bagi lebih banyak pakar bedah neuro untuk berkhidmat di pusat kesihatan awam dan swasta di kawasan separa bandar dan luar bandar.

Beliau berkata ketika ini terdapat 115 pakar bedah neuro di seluruh negara di hospital kerajaan dan swasta dengan disokong oleh lebih 400 individu terlatih dalam kejururawatan neurosains.

“Oleh itu, kami berharap untuk mempunyai tambahan 40-50 pakar bedah neuro dalam waktu terdekat,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Simposium World Federation of Neurosurgical Societies (WFNS) 2018, di sini, hari ini.

Susulan hanya terdapat jumlah kecil pakar bedah, wujud cabaran besar untuk memenuhi keperluan mangsa kemalangan yang mengalami kecederaan di kepala, kerana kemalangan menyumbang 70 peratus keperluan neurosurgeri di negara ini, katanya. Melaka, Kelantan, Sarawak dan Perlis menghadapi kekangan perkhidmatan kesihatan neurosurgeri ketika ini.

Dr Lee berkata juga terdapat keperluan bagi perkhidmatan neurosurgeri di hospital lebih kecil tetapi kos untuk mendirikan hospital/pusat neurosurgeri adalah amat mahal dengan sebuah pusat menelan kos antara RM5 juta dan RM10 juta.

Sementara itu, dalam ucap tamanya, Dr Lee berkata selaras dengan peningkatan permintaan dan kepentingan penyampaian perkhidmatan kesihatan efisien dalam bidang neurosains, Kementerian Kesihatan telah memperkenalkan program latihan Diploma Lanjutan Kejururawatan Neurosains selama setahun pada 2013.

“Program ini bertujuan untuk melatih kumpulan pakar jururawat neuro bertauliah di Malaysia dengan memiliki latihan komprehensif dalam pelbagai bidang neurosains yang fokus pada peranan penyelidikan dalam bidang itu yang sentiasa berubah,” katanya.

Beliau juga berkata simposium WFNS penting bagi pakar Malaysia untuk memperbaharui lesen mereka setiap tahun.

Malaysia ialah tuan rumah persidangan ke-6 WFNS yang dihadiri lebih 800 pakar neurosurgeri daripada lebih 75 negara dari 15-19 Ogos. – BERNAMA

Tags: doktor pakarDr Lee Boon Chye
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

TH Sedia Perkhidmatan Kesihatan, Doktor Pakar Di Madinah

06/06/2022
0

MADINAH - Demi memberi perkhidmatan terbaik dalam aspek kesihatan, Lembaga Tabung Haji (TH) telah menyediakan pusat rawatan dan doktor pakar...

Doktor Dedah Identiti Pesakit COVID-19 Menyalahi Tataetika

12/10/2020
0

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang doktor pakar di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan identiti pesakit kepada umum dengan merujuk kepada individu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd