• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Belasah Kazakhstan 16-2 Aksi Pembukaan Hoki

oleh
20/08/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Malaysia membelasah pasukan kerdil, Kazakhstan 16-2 pada aksi pembukaan Kumpulan B hoki lelaki Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, hari ini.

Pada aksi di Padang Hoki Gelora Bung Karno di sini, pakar pukulan sudut penalti negara, Muhammad Razie Abdul Rahim muncul wira skuad Malaysian Tigers apabila meledak lima gol.

Perlawanan berkenaan nyata berat sebelah apabila Malaysia selesa mendahului 9-1 pada babak pertama perlawanan dengan gol skuad negara dijaringkan oleh Faizal Saari seawal minit pertama, Faiz Helmi Jali (minit keenam), Muhammad Razie Abdul Rahim (minit ketujuh), Nik Aiman Rozemi Nik Muhammad (minit kelapan dan ke-12) dan Muhammad Shahril Saabah pada minit ke-19 dan ke-21.

Jaringan lain dicipta oleh Meor Azuan Hassan pada minit ke-22 dan Syed Syafiq Syed Cholan pada minit ke-30, namun Kazakhstan berjaya meraih satu gol menerusi pukulan penalti Aman Yelubayev pada minit ke-14.

Sebaik sahaja babak kedua perlawanan, skuad negara melancarkan serangan bertali arus ke kubu Kazakhstan dan berjaya menambah tujuh lagi gol.

Muhammad Razie mempamerkan ketajamannya menerusi penyudah pukulan sudut penalti pada minit ke-34, ke-42, ke-48 dan ke-55) selain jaringan Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil (minit ke-38) dan Faizal (minit ke-43 dan ke-52) , namun Kazakhstan berjaya meraih gol kedua hasil jaringan padang Ilgam Abdulabayev pada minit ke-54.

Bercakap kepada pemberita selepas permainan, Ketua Jurulatih Hoki Negara, Stephen Van Huizen berkata beliau sungguh berpuas hati dengan aksi cemerlang anak buahnya dan berharap mereka akan mengekalkan momentum kemenangan apabila bertemu Thailand dalam perlawanan kedua pada pusingan awal, Rabu ini.

“Apabila kami mendahului 5-0 dalam suku pertama , kami tahu kami adalah pasukan yang lebih baik tetapi saya hanya memberitahu pemain supaya kekal fokus serta kurangkan kesilapan dan yang paling penting, pemain bebas daripada sebarang kecederaan, “ katanya.

Berkongsi pandangan sama adalah Muhammad Razie yang berpuashati dengan persembahan cemerlang ditampilkan rakan sepasukan dan mahu mereka mengekalkan rentak kemenangan.

“Kita akan meneruskan apa yang terbaik pada hari ini dan kurangkan kesilapan apabila berdepan Thailand nanti,” katanya yang beraksi di posisi pertahanan.

Terdahulu, juara lapan kali Sukan Asia, Pakistan berpesta gol membelasah Thailand 10-0 manakala Bangladesh mengatasi Oman 2-1 dalam aksi Kumpulan B.

Acara hoki Sukan Asia 2018 yang bermula semalam, akan berakhir pada 1 September ini. – BERNAMA

Tags: hoki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

08/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad hoki negara atas kejayaan melayakkan...

Skuad Projek Perkemas Aspek Pertahanan

23/11/2021
0

SKUAD projek khas lelaki negara akan memberikan tumpuan penuh terhadap aspek bertahan dalam situasi pukulan sudut penalti menjelang aksi pembukaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd