• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia 1 Dibida Pada RM1.11 Juta

oleh Cj Mnh
24/08/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Nombor siri pendaftaran kenderaan khas ‘Malaysia 1’ dibida pada harga RM1,111,111 sekali gus menjadi nombor tertinggi pernah dibida dalam sejarah.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata jumlah jualan kesemua nombor khas 1 hingga 10 bagi siri ‘Malaysia’ yang dikeluarkan sempena Hari Kebangsaan adalah bernilai RM3.6 juta.

“Setakat ini kerajaan mendapat hasil kutipan tender keseluruhan sebanyak RM13.16 juta bagi siri nombor pendaftaran khas Malaysia.

“Sebelum ini berlaku banyak ‘ketirisan’ pada pentadbiran sebelum ini apabila nombor-nombor khas ini hanya diberikan kepada badan bukan kerajaan untuk dijual dengan harga tender sebanyak RM1 juta.

“Tetapi hari ini kita buktikan dengan hanya nombor 1 hingga 10 sahaja, kita boleh raih RM3.6 juta,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, satu-satunya nombor pendaftaran yang tidak ditender adalah Malaysia 2020 yang akan dikhaskan bagi kenderaan rasmi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Selai itu katanya, nombor ‘Malaysia 1’, ‘Malaysia 2’ dan ‘Malaysia 4’ dibida oleh syarikat Aldi International Sdn Bhd. – BH Online

Tags: bidaanpendaftaran kenderaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nombor Plat Pendaftaran ‘AMY 1’ Dibida RM400,000

Nombor Plat Pendaftaran ‘AMY 1’ Dibida RM400,000

18/04/2023
0

IPOH: Nombor plat pendaftaran kenderaan 'AMY 1' yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak dibida sebanyak RM40,000 iaitu tertinggi sepanjang...

Hasil Bidaan JPJeBid Cecah Lebih RM16 Juta

26/08/2019
0

KOTA BHARU - Hasil kutipan Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid) yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd