• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majalah 3 Singkap Kisah Sebenar Di Sebalik ‘Pulang’

oleh Cj Mnh
06/08/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mengabadikan kisah benar di dalam filem bukanlah sesuatu yang mudah namun ada kalanya ia perlu diusahakan kerana terdapat cerita epik yang harus digarap buat tontonan masyarakat.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studio Sdn Bhd, Datuk Ahmad Izham Omar dan pengarah Khabir Bhatia, berpaksikan dedikasi, maka terhasil sebuah filem diberi judul ‘Pulang’ yang diinspirasikan kisah benar seorang anak yang ingin mencari ayahnya.

Filem yang telahpun menemui peminat bermula 26 Julai lalu dan dibintangi antara lain pelakon Remy Ishak itu kini diangkat Majalah 3 yang memberi fokus kepada kisah sebenar di sebalik ‘Pulang’.

Filem ini digarap dari kisah keluarga Ahmad Izham di mana datuknya, Othman telah meninggalkan negara sebagai kelasi kapal dagang.

Majalah 3 yang akan bersiaran malam ini di TV3 pada jam 9, menemuramah anak Othman yang juga bapa kepada Ahmad Izham, Omar yang kini berusia 76 tahun.

Othman belayar di laut biru bertujuan mencari rezeki buat keluarganya namun keputusan kerjaya yang diambilnya bermaksud Othman terpaksa meninggalkan isteri dan anaknya di Serkam, Melaka.

Pelayarannya membawa Othman ke Liverpool di mana ramai rakyat Malaysia yang belayar sebagai kelasi kapal memilih untuk terus menetap di bandar United Kingdom itu.

Selain dari kisah Omar dan ayahnya, Othman, Majalah 3 akan turut menyingkap kisah kelasi-kelasi ini di Liverpool yang pada satu ketika dahulu terkenal sebagai bandar pelabuhan paling sibuk di dunia.

“Dia janji nak balik, setahun, dua tahun, tak balik,” kata Omar kepada Majalah 3, mengenang kembali kisah hidupnya semasa muda.

Untuk mengetahui lebih lanjut kisah Omar dan juga kelasi-kelasi Melayu di Liverpool, jangan lupa bersama Majalah 3 di TV3 jam 9 malam ini. – BH Online

Tags: FILEMkisah sebenar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Najib Dakwa Kerajaan PH Tipu Rakyat

Next Post

Objektif Penubuhan Baitulmal Johor Belum Tercapai

Related Posts

Hero Filem Tamil Diserang Di Lapangan Terbang

04/11/2021
0

NEW DELHI: Seorang pelakon lelaki, Maha Gandhi dilaporkan diserang oleh seorang lelaki di Lapangan Terbang Bengaluru, malam semalam. Kejadian dikatakan...

sooka Semarak Semangat Merdeka Dengan Kandungan Ikonik Tempatan

01/09/2021
0

sooka Menyemarakkan Semangat Merdeka dengan Kandungan Ikonik Tempatan

Next Post

Objektif Penubuhan Baitulmal Johor Belum Tercapai

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd