Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

2 Sahabat Dihukum Mati,...

JOHOR BAHRU - Dua sahabat dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi...

‘Mandi’ Minyak! Lelaki Mabuk...

Bahana mabuk, seorang individu bertindak membakar dirinya sendiri sehingga rentung di sebuah stesen...

Litar Sepang Dibangun Sebagai...

SILVERSTONE - Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan terus dibangunkan sebagai hab sukan permotoran...

VIDEO: Makcik ‘Sound’ Remaja...

Kalau anda sangka makcik-makcik bertudung di Malaysia sahaja yang sakit mata melihat pakaian...

Main Jauh-Jauh! Gerrard Enggan Jual Morelos

BORDEAUX membuat bidaan bernilai £3.75 juta (RM19.57 juta) untuk penyerang Colombia.

Bos Rangers, Steven Gerrard bersedia untuk memberikan ganjaran kepada Alfredo Morelos dengan kontrak baharu selepas memberi amaran kepada Bordeaux agar tidak melakukan bidaan lagi terhadap pemain Colombia itu.

Pasukan Ibrox mendakwa keputusan seri 0-0 di Maribor untuk menempah tempat dalam ‘play-off’ Liga Eropah, namun persediaan Gerrard terganggu pada ambang pertembungan di Slovenia apabila dia menerima bidaan RM19.57 juta untuk penyerangnya dari Ligue 1 itu.

Tawaran tidak masuk akal itu ditolak mentah-mentah, tapi laporan di Perancis menyatakan, ketua Bordeaux bersedia untuk membuat percubaan kedua.

Orang-orang besar di Perancis mengintai untuk mendapatkan pemain baharu selepas membenarkan penjualan penyerang Gaetan Laborde £4.5 juta kepada Montpellier pada Khamis.

Pemain sayap Malcom juga dijual kepada Barcelona dengan harga £36.5 juta (RM23.5 juta).

Tetapi Gerrard menegaskan dia akan melawan semua percubaan untuk menjual penjaring terbanyak musim lalu tersebut.

Gerrard berkata: “Keputusan yang tepat untuk menolak (tawaran), ia langsung tidak hampir kepada nilai yang tinggi.


“Dia ialah pemain yang kami tidak mahu jual dan tidak berhasrat untuk berbuat begitu.

“Kelab lain jangan ingat mereka boleh mengetuk pintu rumah kami dan ‘mengusik’ pemain terbaik kami dengan tawaran tidak masuk akal.

“Ia tidak akan berlaku. Bagi saya, saya mahu dia kekal.

“Saya mahu dia menandatangani perjanjian baharu yang lebih baik dan membantu kami berjaya bergerak ke hadapan,” kata Gerrard menurut laporan Eurosport. – mStar Online

Kategori