• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Main Jauh-Jauh! Gerrard Enggan Jual Morelos

oleh Ahmad Albab
17/08/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BORDEAUX membuat bidaan bernilai £3.75 juta (RM19.57 juta) untuk penyerang Colombia.

Bos Rangers, Steven Gerrard bersedia untuk memberikan ganjaran kepada Alfredo Morelos dengan kontrak baharu selepas memberi amaran kepada Bordeaux agar tidak melakukan bidaan lagi terhadap pemain Colombia itu.

Pasukan Ibrox mendakwa keputusan seri 0-0 di Maribor untuk menempah tempat dalam ‘play-off’ Liga Eropah, namun persediaan Gerrard terganggu pada ambang pertembungan di Slovenia apabila dia menerima bidaan RM19.57 juta untuk penyerangnya dari Ligue 1 itu.

Tawaran tidak masuk akal itu ditolak mentah-mentah, tapi laporan di Perancis menyatakan, ketua Bordeaux bersedia untuk membuat percubaan kedua.

Orang-orang besar di Perancis mengintai untuk mendapatkan pemain baharu selepas membenarkan penjualan penyerang Gaetan Laborde £4.5 juta kepada Montpellier pada Khamis.

Pemain sayap Malcom juga dijual kepada Barcelona dengan harga £36.5 juta (RM23.5 juta).

Tetapi Gerrard menegaskan dia akan melawan semua percubaan untuk menjual penjaring terbanyak musim lalu tersebut.

Gerrard berkata: “Keputusan yang tepat untuk menolak (tawaran), ia langsung tidak hampir kepada nilai yang tinggi.

“Dia ialah pemain yang kami tidak mahu jual dan tidak berhasrat untuk berbuat begitu.

“Kelab lain jangan ingat mereka boleh mengetuk pintu rumah kami dan ‘mengusik’ pemain terbaik kami dengan tawaran tidak masuk akal.

“Ia tidak akan berlaku. Bagi saya, saya mahu dia kekal.

“Saya mahu dia menandatangani perjanjian baharu yang lebih baik dan membantu kami berjaya bergerak ke hadapan,” kata Gerrard menurut laporan Eurosport. – mStar Online

Tags: Rangerssteven gerrard
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hannah Yeoh Puji Ahmad Maslan Bijak

Next Post

Pakaian Seksi Itu Ezzaty Tunjuk Suami Dahulu

Related Posts

Gerrard Naik Angin 45 Minit Tanpa Jaringan

31/07/2018
0

SEPARUH masa di Ibrox dalam perlawanan yang berlangsung pada Ahad adalah sesuatu yang baharu dan tidak menyenangkan buat pemain Rangers...

Steven Gerrard Kini Pengurus Rangers

06/05/2018
0

STEVEN Gerrard bersetuju menjadi pengurus Rangers dengan kontrak empat tahun. Legenda Liverpool itu membuat keputusan selepas bekas kelabnya berjaya mara...

Next Post

Pakaian Seksi Itu Ezzaty Tunjuk Suami Dahulu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd