• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Izinkan Equanimity Dijual

oleh
24/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Admiraliti hari ini memberi keizinan kepada kerajaan serta 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dua anak syarikat untuk menjual kapal mewah ‘Equanimity’.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Khadijah Idris mengizinkan permohonan itu selepas posiding di dalam kamar dengan pihak berkaitan.

“Mahkamah telah mengizinkan perintah kepada kami untuk menjual kapal… Langkah kami seterusnya ialah untuk menentukan kapal itu terjual kerana ia merupakan aset yang mengalami kemerosotan dan kos penyelenggaraannya sangat tinggi,” Ong Chee Kwan, peguam bagi 1MDB dan anak syarikat iaitu 1MDB Energy Holdings Limited dan 1MDB Global Investment Limited berkata kepada pemberita.

“Lebih lama ia (kapal) disimpan, nilainya semakin menyusut setiap hari. Jadi kami mahu kapal itu terjual secepat mungkin,” sambil menambah penjualan akan di jangka dapat dilakukan sebelum akhir tahun ini.

Peguam Kanan Persekutuan Alice Loke dan Zureen Elena Md Dom mewakili kerajaan.

Dalam notis permohonan, keempat-empat plaintif memohon penjualan kapal, bunker, minyak, pelincir dan barang lain yang boleh digunakan di atas kapal dilakukan menerusi tender awam atau perjanjian peribadi oleh sheriff atau pendaftar Mahkamah Admiraliti.

Keempat-empat pihak mahu pihak sheriff menerima bida atau tawaran untuk kapal dan bunker dan dana pembelian yang dibayar kepada sheriff hendaklah dalam matawang Dolar Amerika Syarikat atau euros atau Ringgit Malaysia.

Menurut mereka hasil penjualan kapal handaklah dibayar kepada mahkamah dan dimasukkan ke dalam akaun bank di Malaysia yang diluluskan oleh pejabat Akauntan Negara.

Dalam perintah mahkamah yang difailkan semalam mereka menamakan pemilik kapal, Equanimity Kepulauan Cayman sebagai defenden. Saman yang difailkan Jeremy Joseph & Partrners.

Kapal mewah itu tiba di Pelabung Klang pada 7 Ogos setelah pihak berkuasa Indonesia menyerahkannya kepada Malaysia.

Ia dirampas di Bali pada Februari atas permintaan pihak berkuasa Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada siasatan rasuah yang dilancarkan oleh DoJ terhadap 1MDB. – BERNAMA

Tags: Kapal Equanimity
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kylie Jenner Sambut Hari Lahir Atas Kapal Equanimity

05/08/2019
0

JUTAWAN, model dan bintang realiti televisyen dari Amerika Syarikat, Kylie Jenner akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-22 di atas...

Hasil Jualan Kapal Equanimity Digunakan Bayar Hutang 1MDB

11/07/2019
0

KUALA LUMPUR – Hasil jualan Kapal Equanimity sebanyak RM527.4 juta (AS$126 juta) akan digunakan untuk melunaskan komitmen hutang 1Malaysia Development...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd