• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahfuz Hadiri Sambutan Hari Kebangsaan Di Bangkok

oleh
31/08/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Sambutan Hari Kebangsaan ke-61 Kedutaan Malaysia di Thailand meriah dengan kehadiran Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar yang baru sahaja menyambut harijadinya yang ke-61 Sabtu lepas.

Anggota Parlimen Pokok Sena itu berada ibu kota Thailand untuk menghadiri Pertandingan Kemahiran ASEAN (ASC) 2018 yang berlangsung di Bangkok mulai 25 Ogos lepas hingga 5 Sept.

“Hari Kemerdekaan amat besar nilai dan ertinya. Kemerdekaan adalah lambang kebebasan, kedaulatan, kekuatan dan kejayaan kepada negara tercinta setiap warganegara yang bernaung dibawahnya,” katanya pada majlis sambutan Hari Kebangsaan di kedutaan hari ini.

Turut hadir pada majlis sambutan Hari Kebangsaan kedutaan Malaysia itu adalah adalah duta negara Datuk Jojie Samuel serta warga Malaysia yang menetap, bekerja serta menuntut di Thailand

Mahfuz dalam ucapannya percaya setiap warganegara amat mencintai Malaysia walaupun mereka menetap dan bekerja di luar negara.

Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini menurut beliau, amat berbeza berbanding tahun-tahun lepas berikutan keberanian rakyat Malaysia dalam mengundi Pakatan Harapan (PH) sebagai kerajaan Malaysia yang baharu.

“Perubahan yang terjadi di Malaysia tidak akan lahir sekiranya rakyat Malaysia tidak mempunyai jati diri dan semangat patriotisme yang tinggi,” katanya.

Kerajaan PH kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, akan berpegang-teguh kepada prinsip “Rule of Law”, serta berusaha-keras untuk mengembalikan Malaysia sebagai salah-satu kuasa ekonomi Asia yang dikenali sebagai “Asian Tigers”.

Beliau turut meminta rakyat bersabar dengan usaha-usaha kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara.

Sambutan Hari Kebangsaan ke-61 di kedutaan bermula dengan upacara menaikkan Jalur Gemilang dan nyanyian lagu Negaraku serta persembahan lagu-lagu patriotik oleh kakitangan kedutaan dan keluarga. – BERNAMA

Tags: Datuk Mahfuz Omar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Parti Amanah Sindir Zahid ‘Sudah Terantuk Baru Nak Tengadah’

Parti Amanah Sindir Zahid ‘Sudah Terantuk Baru Nak Tengadah’

06/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah) menyifatkan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semalam amat melucukan...

Pendekatan Politik PAS Berbahaya Kepada Demokrasi – Mahfuz

Pendekatan Politik PAS Berbahaya Kepada Demokrasi – Mahfuz

05/06/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS menggambarkan meninggalkan parti itu seolah-olah meninggalkan perjuangan Islam satu pendekatan politik berbahaya kepada demokrasi dan keharmonian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd