• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Ucap Tahniah Kepada PM Pakistan Yang Baharu

oleh
20/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Pakistan yang baharu Imran Khan dan yakin bahawa hubungan rapat dan persaudaraan serta kerjasama antara Malaysia dan Pakistan selama 61 tahun akan terus diperkukuhkan lagi pada tahun-tahun mendatang.

Dalam suratnya kepada Imran, Dr Mahathir berkata beliau menaruh harapan untuk bekerjasama rapat dengan Imran dalam semangat setiakawan tulen dan demi perpaduan Ummah.

““ Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, saya dengan berbesar hati ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Republik Islam Pakistan.

“ Semoga Tuan menerima ucapan setinggi-setinggi tahniah daripada saya. Saya amat bergembira atas kemenangan besar anda dalam pilihan raya umum yang diadakan pada 25 Julai 2018,” kata beliau dalam surat yang diedarkan kepada media.

Dr Mahathir berkata ia merupakan petunjuk sokongan yang mendalam daripada rakyat mengenai wawasan Imran bagi Pakistan.=

“ Semoga Allah Subhanahu Wa Ta”la memberkati anda dengan kebijaksanaan dan pandangan jauh untuk menerajui Pakistan ke arah kemajuan, keamanan dan kemakmuran,” kata beliau.

Imran, peain kriket yang menjadi ahli politik, mengangkat sumpah jawatan perdana menteri pada Sabtu selepas parti pimpinannya memperoleh undi terbanyak dalam pilihan raya di negara itu bulan lepas.

Beliau mengangkat sumpah jawatan di pejabat Presiden sehari selepas beliau dipilih oleh majoriti anggota dalam Dewan Perhimpunan Kebangsaan. – BERNAMA

Tags: Mahathir Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd