Monday, October 2, 2023

Creating liberating content

Video: Gempar Kura-Kura Ganas...

PENDUDUK setempat menjadi gempar apabila seekor kura-kura raksasa yang mempunyai wajah menakutkan ditemui di...

PKP Di Seluruh Negara...

KUALA LUMPUR - Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14...

Isu Teksi Vs Uber/GrabCar:...

PUTRAJAYA - Satu penyelesaian dan dasar yang adil serta saksama membabitkan nasib pemandu...

242 Pelajar Sekolah Menengah...

TANJUNG DAWAI - Seramai 242 pelajar sekolah menengah dari 19 sekolah di negeri...

Madinah Ada Bas Bawa Jemaah ‘Ziarah’ Kota

ANDA pasti pernah lihat bas dua tingkat yang bawa pelancong di sekitar kawasan bandar di banyak negara. Kini, jemaah haji juga boleh keliling sekitar kota Madinah dengan khidmat bas serupa.

Operasi berkenaan diselia oleh Penguasa Pembangunan Madinah. Bas tersebut mampu membawa para jemaah ke tempat-tempat bersejarah Madinah, tapak-tapak komersial untuk beli-belah dan kawasan santai tumpuan awam.

Perkhidmatan berkenaan adalah sebahagian daripada operasi khas yang diperluaskan kepada para jemaah haji dan pelawat-pelawat lain apabila berkunjung ke kota suci umat Islam itu, lapor portal berita tempatan Arab News.

Ia berhenti di Masjid Nabawi, Al-Manakha, pameran “Nama-Nama Allah”, Pintu Al-Salam, Gunung Uhud, Pusat Beli-Belah Al-Noor, Jalan Abu Bakar, Masjid Al-Qiblatain, Masjid Al-Khandaq, Masjid Quba, Lebuh Raya Hejaz dan Lebuh Hias Quba.

Para jemaah boleh memulakan perjalanan di pintu selatan dan utara Masjid Nabawi. Perjalanan sebelah pagi bermula selepas solat fardu Subuh dan berakhir pada 12 tengah hari dengan kekerapan bas setiap 30 minit.

Pada sebelah petang pula, bas dua aras berhawa dingin tersebut akan berlepas selang 30 minit selepas solat fardu Zohor sehingga 11 malam dengan tempoh jeda kekerapan yang sama.

Pihak berkuasa mengumumkan kesemua bas dilengkapi dengan ciri-ciri khusus bagi para jemaah berkeperluan khas. Khidmat penterjemahan juga disediakan dalam 12 bahasa termasuk Melayu sepanjang perjalanan.

Arab News melaporkan, langkah terbaru itu adalah sebahagian daripada komitmennya untuk meningkatkan lagi pengalaman para penduduk dan pelancong sejajar dengan Wawasan 2030 kerajaan Arab Saudi. – Agensi

Kategori