• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Lompat Tak Salah, Selagi Tak Langgar Kontrak” – Shahrol

oleh Ahmad Albab
07/08/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAWAK Shahrol Shiro memberitahu tindakannya berpindah-pindah stesen radio bukan satu kesalahan selagi ia tidak melanggar sebarang kontrak.

Penyampai segmen Team Pagi Suria ini memberitahu, dia menerima tawaran kedua untuk bersama stesen tersebut pada masa yang dianggap paling sesuai.

“Dulu saya bersama Suria FM selama tiga bulan sahaja selepas itu dengan Best FM, enam bulan. Kali ini kembali ke Suria FM dengan kontrak setahun.

“Bagi saya lompat-lompat ini bukan satu kesalahan selagi saya tidak melanggar kontrak. Saya yakin perjalanan kerjaya ini sudah diaturkan oleh Allah,” ujarnya.

Gandingan Shahrol, Issey dan Fizi dalam segmen Team Pagi Suria.

Dia ditemui pada majlis pengumuman penyampai baharu Team Pagi Suria yang diadakan di bangunan Tropicana City, Petaling Jaya pada Isnin.

Shahrol bergandingan dengan Issey dan Fizi Ali mengendalikan Team Pagi Suria setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6 hingga 10 pagi.

Ahli kumpulan Shiro ini pernah menyertai Suria selama tiga bulan iaitu Julai 2017 hingga Oktober 2017. Dia kemudian menjadi penyampai stesen radio Best FM selama enam bulan.

Sementara itu, menjelaskan lebih lanjut penghijrahan semula ke Kuala Lumpur, Shahrol berkata, ia berikutan mahu memberi fokus terhadap kerjaya seninya sebagai pelawak.

Dia mempunyai beberapa perancangan dan komitmen dengan beberapa program hiburan di Kuala Lumpur sepanjang tahun ini.

“Saya terima tawaran ini selepas memikirkan ia sebagai pilihan terbaik untuk kerjaya saya.

“Tahun ini banyak perancangan dan terikat dengan beberapa program hiburan yang memerlukan saya berada di Kuala Lumpur,” ujarnya.

Dalam pada itu Sharifah Shahira yang sebelum ini bergandingan pada segmen pagi kini bersama Suraya dan Tyzo pada segmen Suria Petang. – mStar Online

Tags: DJ radioshahrol shiro
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shahrol Shiro Aktif Berkempen Bantu BN

13/01/2020
0

KIMANIS - Pelawak terkenal, Shahrol Shiro nampaknya semakin menonjolkan diri dengan berkempen mewakili Barisan Nasional (BN). Jika sebelum itu beliau...

Shahrol Shiro Ditamatkan Kontrak Penyampai Suria FM

22/01/2019
0

KUALA LUMPUR - Disebabkan masalah disiplin, pelawak popular Shahrol Shiro ditamatkan kontrak sebagai penyampai radio Suria FM berkuat kuasa pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd