• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LGBT: Jangan Manipulasi Kenyataan Dengan Fitnah – Mujahid

oleh Ahmad Albab
13/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa meminta agar pihak yang berkenaan tidak memanipulasi kenyataan beliau mengenai golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) sehingga menjurus kepada fitnah.

Sebaliknya, Mujahid berkata masyarakat perlu menyelamatkan kumpulan itu dengan membantu serta membimbing mereka kerana pintu taubat sentiasa terbuka sehingga ke akhir hayat.

“Kita masyarakat berhentilah menjadi masyarakat yang menghukum. Bantu dan bimbing,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Baru-baru ini, Mujahid menerima jemputan untuk bertemu wakil komuniti transgender, Nisha Ayub bagi menyelami serta memahami isu berkaitan transgender, khususnya peranan institusi agama dalam menangani permasalahan berkenaan.

Dalam pada itu, Mujahid mahu komuniti transgender agar berhenti menuntut hak yang menyanggahi nilai norma, budaya, agama serta undang-undang yang dianuti rakyat Malaysia.

Katanya, beliau sebagai menteri bertanggungjawab akan terus menggunakan pendekatan secara ‘engagement’ yang lembut kerana kaedah itu bukanlah suatu perkara baharu dalam teknik berdakwah yang boleh berubah dengan penilaian situasi, tempat dan masa.

“Ditegaskan lagi, pendekatan dakwah secara ‘engagement’ bukan bermakna saya atau kerajaan menyokong perlakuan mereka, tetapi sebagai kerajaan, kami perlu memastikan agar tiada pihak yang semakin menjauhkan diri disebabkan pendekatan keras dan menghukum pada peringkat awal,” katanya.

Mengenai pertemuan itu, beliau turut mengakui terdapat kekhilafan ketika sidang media mengenai isu penggunaan tandas awam, sehubungan itu Mujahid berkata tiada arahan atau keizinan daripada pihaknya untuk komuniti transgender berkongsi tandas awam dengan wanita.

“Demikian juga hal berkaitan saf solat. Semua hal itu sesuai dibicarakan lanjut oleh pihak mufti sebagai keputusan terbaik. Apapun, saya memohon maaf kepada pihak yang berasa terancam dengan kekeliruan yang telah berlaku dan menarik semula kenyataan yang kurang sesuai,” katanya. – BERNAMA

Tags: LGBTMujahid Yusof Rawa
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Prestasi Kewangan Johor Dalam Kedudukan Baik – MB

Next Post

KDN Kaji Wujud Agensi Tunggal Di CIQ Johor

Related Posts

LGBT Takut Polis, Enggan Lapor Jenayah Keganasan – Aktivis

LGBT Takut Polis, Enggan Lapor Jenayah Keganasan – Aktivis

22/01/2024
0

Golongan LGBT yang menjadi mangsa keganasan atau diskriminasi lebih suka menderita dalam diam kerana melaporkan kepada pihak berkuasa adalah sesuatu...

Orang Ramai Kurang Selesa Lihat 7 Lelaki Berhimpun Pegang Sepanduk LGBT

Orang Ramai Kurang Selesa Lihat 7 Lelaki Berhimpun Pegang Sepanduk LGBT

30/07/2023
0

PETALING JAYA – Kecoh di media sosial apabila kira-kira tujuh individu dilihat mengadakan perhimpunan aman Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender...

Next Post

KDN Kaji Wujud Agensi Tunggal Di CIQ Johor

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd