• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lembaga Wakaf Hindu Dicadang Diperluas Ke Negeri-Negeri

oleh
15/08/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Lembaga Wakaf Hindu yang kini hanya terdapat di Pulau Pinang akan diperluaskan ke negeri-negeri yang mempunyai jumlah penganut Hindu yang ramai, kata Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Prof Dr P. Ramasamy.

Ramasamy yang juga pengerusi lembaga itu berkata cadangan itu adalah selaras dengan janji manifesto Pakatan Harapan pada pilihan raya umum ke-14 yang lepas untuk mewujudkan Lembaga Wakaf Hindu di negeri-negeri lain.

“Kami akan mengadakan mesyuarat pertama bagi pesuruhjaya-pesuruhjaya Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang yang baharu pada Jumaat ini.

“Ada beberapa isu yang perlu dibincangkan. Apa yang mencabar ialah bagaimana kita melaksanakan janji manifesto ini. Buat masa ini satu jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji bagaimana kita akan melaksanakan Lembaga Wakaf Hindu di negeri-negeri. Perkara ini masih belum dibincangkan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Terdahulu, Ketua Menteri Chow Kon Yeow menyerahkan surat lantikan pesuruhjaya-pesuruhjaya Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang bagi penggal 2018/2019 yang menyaksikan Ramasamy kekal sebagai pengerusi.

Ramasamy berkata pihaknya merancang untuk memperluaskan Lembaga Wakaf Hindu di negeri Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Pahang.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan & Perbandaran dan Pembangunan Luar Bandar negeri Jagdeep Singh Deo yang turut hadir pada sidang media itu berkata tempoh tawaran bagi ‘Request For Proposal’ (RFP) sistem tempat letak kereta secara pintar akan dilanjutkan sehingga 3 Sept.

Beliau berkata lanjutan itu dibuat setelah pihaknya menerima sambutan yang menggalakkan dan sehingga semalam sebanyak 98 buah syarikat telah membuat pembelian dokumen RFP itu.

“Ini bagi memastikan dokumen RFP yang dikemukakan nanti adalah berkualiti dan berupaya menepati kehendak dan objektif kerajaan negeri untuk melaksanakan sistem pengurusan tempat letak kereta yang terbaik di Pulau Pinang,” katanya. – BERNAMA

Tags: P. Ramasamy
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azmin Tamak, Egoistik, Tiada Integriti – Ramasamy

26/02/2020
0

PETALING JAYA - Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy menyelar Azmin Ali berhubung pembabitannya dalam rundingan dengan ahli...

Siasatan Ke Atas Ramasamy Berhubung LTTE Masih Berjalan

28/01/2020
0

PETALING JAYA - Polis berkata pihaknya belum dapat memuktamadkan siasatan ke atas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd