• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Terjatuh Bot Dikhuatiri Lemas

oleh Ahmad Albab
06/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUNGUN – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh daripada bot nelayan di Jeti Pendaratan Ikan Lembaga Kompleks Kemajuan Ikan (LKIM), petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, mangsa Rhazi Razak, 32, dari Kampung Seberang Pintasan, di sini dipercayai tergelincir ketika cuba mengambil barang daripada bot terbabit.

Seorang nelayan yang berada di tempat kejadian menyedari insiden tersebut lalu segera menghubungi pihak bomba bagi mendapatkan bantuan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun Saifuddin Muhammad ketika dihubungi berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira 7.07 malam daripada orang awam sebelum mengerahkan lapan anggota ke tempat kejadian.

“Bagaimanapun, ketika sampai di sana mangsa sudah tidak kelihatan dan dipercayai tenggelam ke dasar sungai. Anggota kami seterusnya menghubungi pihak polis bagi memaklumkan kejadian dan mendapatkan bantuan,” katanya.

Gerakan mencari dan menyelamat mangsa disertai 20 anggota termasuk daripada pasukan bomba, polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan hingga tengah malam tadi, usaha menyelamat masih belum berjaya menemui mangsa.

Operasi mencari dan menyelamat bersambung pagi ini. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: lemasmati lemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

IbuBapa Kanak-kanak Dipercayai Lemas Tunggu Di Lokasi Dengan Lauk Kegemarannya…

IbuBapa Kanak-kanak Dipercayai Lemas Tunggu Di Lokasi Dengan Lauk Kegemarannya…

30/04/2026
0

Sungguh Menyedihkan.....   Ibu-bapa tunggu di lokasi kejadian anak hilang..sambil membawa makanan kegemarannya dan berterusan memanggil nama anak mereka agar...

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

09/04/2026
0

TRAGEDI meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) ketika menyertai aktiviti berkayak satu berita duka. Dua insan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd