Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Saiz Parti Komponen Bukan...

KOTA KINABALU - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan...

Video: Pelancong Selamba Gelek...

KOTA KINABALU - Aksi tidak senonoh pelancong asing yang sakan 'bergelek' di atas...

Kajian Pedofilia: Ahli Akademik,...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan telah mengenal pasti ahli akademik dan profesional untuk...

Avengers : Age Of...

Sudah pasti ramai yang tertungu-tunggu sambungan filem Marvel: The Avenger yang telah ditayangkan...

Lelaki Rentung Selepas Kereta Langgar Pembahagi Jalan

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditemui mati rentung di dalam keretanya setelah kenderaan yang dipandunya terbabas lalu terbakar akibat melanggar pembahagi jalan di KM 16.7 Lebuhraya Baru Pantai (NPE) menghala ke Kuchai Lama di sini awal hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pantai berkata tujuh anggotanya yang digerakkan ke tempat kejadian mengalihkan kenderaan itu ke tepi jalan bagi mengelak laluan terhalang sebelum mengeluarkan mangsa terbabit.

Katanya mangsa yang berusia 27 tahun itu ditemui rentung di bahagian tempat duduk pemandu kenderaan itu.

Sebelum itu, JPBM Pantai menerima panggilan daripada Malaysia Emergency Response Services 999 (MERS999) pada 4.07 pagi mengenai kejadian membabitkan kereta jenis Honda City berkenaan.

“Api marak dapat dikawal sepenuhnya pada 4.28 pagi tadi. Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Bomba

Kategori