• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Parah Diserang Buaya Ketika Memancing Di Kuantan

oleh
19/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang lelaki parah selepas dipercayai diserang seekor buaya ketika berada di tebing sungai berhampiran Kampung Kurnia, Batu 3 di Kuantan, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu, Hamid Mohd Ismail, 42 yang beralamat di rumah kedai Kampung Kuala Pahang, Pekan cedera pada bahagian muka dan dada.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang Ahmad Azhar Mohammed ketika dihubungi mengesahkan kejadian namun berkata kes masih dalam siasatan.

“Mangsa yang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan baru sedar tengah hari tadi dan kita telah mengambil keterangan dan maklumat awal berkaitan mangsa dan kejadian.

“Mangsa mendakwa dirinya seorang nelayan dan pergi ke kawasan berkenaan untuk memancing sebelum diserang reptilia tersebut ketika mahu mengambil air di tebing sungai,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Menurutnya, mangsa bagaimanapun berjaya melepaskan diri daripada buaya tersebut dan menunggang motosikal bersendirian ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dalam keadaan cedera.

“Mangsa dilaporkan pengsan sebaik tiba di hospital dan kini masih menerima rawatan,” katanya.

Bagaimanapun katanya mangsa tidak dapat menceritakan dengan lebih jelas tentang kejadian itu kerana masih dalam keadaan lemah dan trauma.

“Perhilitan sedang membuat pemantauan di kawasan kejadian selain memberi taklimat berkenaan keselamatan kepada penduduk di kawasan sekitar,” katanya.

Beliau berkata pihaknya juga sedang menyiasat dakwaan yang mengatakan orang ramai turut menemui guni berisi anak buaya di kawasan kejadian. – BERNAMA

Tags: serangan buaya
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kenapa PH Bimbang Penyatuan PAS-UMNO

Next Post

Golongan Intelek Perlu Bentuk Pemikiran Masyarakat

Related Posts

Mayat Lelaki OKU Disambar Buaya Di Lawas Dijumpai

30/07/2018
0

LAWAS - Mayat seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang disambar buaya semalam semasa mengambil air di tebing sungai di...

Tangan Disambar Buaya Masa ‘Buang Hajat’

05/03/2018
0

KALIMANTAN TIMUR - Seorang lelaki bernasib malang apabila tangan kanannya cedera parah setelah diterkam seekor buaya saat dia sedang membuang...

Next Post

Golongan Intelek Perlu Bentuk Pemikiran Masyarakat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd