Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Bekalan Daging Untuk Raya...

KANGAR - Persatuan Penternak Ruminan Perlis memberi jaminan bekalan daging di negeri ini...

Wanita Khayal Nyaris Maut...

CEMAS... Seorang wanita nyaris maut selepas tilam di bilik sewanya terbakar dalam kejadian...

Inspektor Lamar Kekasih Di...

SEORANG pelatih polis, Lim Choong Wei, 25, memanfaatkan hari graduasi polisnya dengan melamar...

WHO Masih Sarankan Kuarantin...

GENEVA: Meskipun kebanyakan pesakit pulih dalam tempoh lima hingga tujuh hari sejak bermulanya...

Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai Dibuka Hari Ini

KOTA BHARU – Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai bagi fasa pertama sepanjang 10.5 kilometer (km) dibuka kepada orang ramai bermula hari ini.

Lebuh raya yang dibina di bawah Pakej 1B dari Pasir Hor ke Kadok itu dibuka kepada pengguna secara kekal bermula pada pukul 10 pagi tadi.

Pengurus Besar Kanan Pembinaan Unit Projek Khas (ECER) Cawangan Jalan Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya, Adena Mamat berkata, pembukaan itu dapat mengurangkan kesesakan khususnya sempena musim perayaan Aidiladha yang bakal disambut Rabu ini.

“Lebuh raya ini bermula dari Batu Empat, Padang Enggang ke Jalan Perol yang dapat menjimatkan masa perjalanan selama lima hingga ke 10 minit.

“Kalau selama ini pengguna terpaksa menggunakan jalan di persimpangan Batu 4 sehingga ke persimpangan Perol selama 15 hingga ke 30 minit,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.


Pakej 1B, 2A dan 2B merupakan fasa pertama bagi Projek lebuh raya Kota Bharu – Kuala Krai yang melibatkan laluan sepanjang 73 kilometer dengan kos keseluruhan dianggarkan mencecah RM1.8 bilion. – UTUSAN ONLINE

Kategori