• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Lebai Ali Food Street’ Tarikan Baharu Di Kuantan

oleh Ahmad Albab
18/08/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANDAR Kuantan kini memiliki tarikan pelancongan terbaharu dengan wujudnya Jalan Lebai Ali Food Street yang beri pilihan kepada pelancong dalam dan luar negara menikmati pelbagai juadah menarik.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata keistimewaan pusat jualan makanan setempat itu terletak kepada deretan trak makanan yang menjadi trend masa kini, yang setiap satunya mempunyai keunikan hidangan tersendiri.

Katanya, setakat ini terdapat 14 pengusaha trak makanan terlibat di Jalan Lebai Ali, dan beliau berharap jumlah itu dapat ditingkatkan pada masa hadapan bagi memberi lebih banyak pilihan kepada pengunjung.

“Saya pernah datang mencuba makanan di Jalan Lebai Ali Food Street seperti stik, kueh teow goreng dan buah-buahan tempatan….ia memang antara paling enak dibandingkan dengan tempat lain.

“Saya harap lokasi terbaharu pelancongan berasaskan makanan sebagai tarikan utama ini ini dapat bertahan lama dan menerima sambutan hangat. Promosi berterusan perlu dilakukan supaya dapat bersaing dengan lokasi lain,” katanya.

Wan Rosdy berkata demikian semasa berucap semasa merasmikan Majlis Perasmian Lebai Ali Food Street di sini semalam, yang turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Muhammad Safian Ismail.

Turut hadir ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inderapura, Datuk Seri Shafik Fauzan Sharif dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan, Datuk Fadzilla Salleh.

Beliau juga mengingatkan pengusaha makanan di situ untuk menjaga kebersihan, mengenakan harga berpatutan dan mengekalkan kualiti produk jualan mereka yang merupakan ‘petua’ untuk mengekalkan pelanggan sedia ada dan menarik pengunjung baharu.

“Ia juga membuka ruang lebih luas kepada para peniaga untuk berniaga menggunakan trak makanan yang mudah bergerak berbanding restoran.

“Saya juga berterima kepada syarikat Alam Flora yang menjadikan lokasi ini sebagai anak angkat yang semestinya mementingkan kebersihan berada pada tahap tertinggi,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kuantanmakanan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

SPRM Nafi Akan Dirombak

Next Post

Pusat Hiburan ‘Kebal’ Diserbu

Related Posts

8 Kes Kecurian Kabel Tapak Projek ECRL Di Kuantan

8 Kes Kecurian Kabel Tapak Projek ECRL Di Kuantan

24/06/2025
0

Kuantan: Polis menerima lapan kes kecurian kabel membabitkan jumlah kerugian melebihi RM200,000 di beberapa tapak projek Laluan Rel Pantai Timur...

Kegigihan Mangsa Bunuh Berniaga Di Kuantan Dirakam Secara Kebetulan Pelanggannya

Kegigihan Mangsa Bunuh Berniaga Di Kuantan Dirakam Secara Kebetulan Pelanggannya

16/02/2025
0

KUALA LUMPUR : Ramai warga Kuantan mengakui sering melihat Norshamira Zainal wanita yang ditemui meninggal dunia di tepi sungai berhampiran...

Next Post

Pusat Hiburan 'Kebal' Diserbu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd