• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan Akhir RIPAD Wilayah Selatan Siap 31 Okt

oleh Cj Mnh
14/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kajian Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat (RIPAD) bagi Wilayah Selatan telah memasuki fasa laporan akhir yang dijadual siap pada 31 Okt ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamaruddin Jaafar berkata kajian di peringkat laporan akhir ini akan menimbang semula keperluan untuk membina semula atau menaik taraf rangkaian laluan landasan kereta api dari Seremban ke Port Dickson

“Kajian RIPAD bagi Wilayah Selatan melibatkan kawasan Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Seremban dan Port Dickson (kawasan Negeri Sembilan) termasuk dalam kajian ini bagi memperhalusi dasar-dasar yang digariskan dalam RIPAD negara,” katanya pada sesi soal jawab lisan hari ini.

Beliau menjawab soalan asal daripada Datuk Danyal Balagopal Abdullah (PH-Port Dickson) yang ingin tahu apakah rancangan atau langkah yang telah diambil mengikut Rancangan Malaysia ke-11 (2016-2020) dalam membina semula rangkaian landasan kereta api itu.

Mengenai projek Rel Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR), Kamaruddin yang juga anggota Parlimen Bandar Tun Razak berkata keputusan akhir akan dibuat di peringkat Kabinet.

“Sekiranya projek HSR tidak terlaksana, maka laluan bas di kawasan (Seremban dan Port Dickson) akan dipertingkatkan lagi supaya ia dapat menampung keperluan pengangkutan rakyat,” katanya menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Datuk Jalaluddin Alias (BN-Jelebu).

Jalaluddin ingin tahu pelan alternatif kementerian bagi memastikan jaringan pengangkutan awam menerusi hub penghubung antara kawasan pembangunan Malaysian Vision Valley seluas 108,000 hektar di Negeri Sembilan dan kawasan lain sekiranya projek HSR tidak diteruskan oleh kerajaan. – BERNAMA

Tags: kajianRIPAD
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘PMX Paling Popular’

‘PMX Paling Popular’

05/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai pemimpin paling popular berdasarkan satu kaji selidik yang dijalankan...

Kajian Naikkan Kadar Minimum Pendaftaran Haji Sedang Dibuat – TH

Kajian Naikkan Kadar Minimum Pendaftaran Haji Sedang Dibuat – TH

02/04/2024
0

KUALA LUMPUR : Lembaga Tabung Haji (TH) sedang melaksanakan kajian terperinci berhubung perancangan menaikkan kadar minimum pendaftaran haji daripada RM1,300...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd