• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lantikan Politik BN Perlu Segera Letak Jawatan

oleh
16/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Lantikan politik oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) di semua agensi di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan yang masih belum melepaskan jawatan masing masing diminta berbuat demikian selewat-lewatnya bulan depan.

Menterinya Khalid Abdul Samad berkata saranan untuk meletak jawatan itu telah lama dibuat oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) namun masih ada yang ‘berdegil’.

“Kita mahu pastikan Wilayah Persekutuan diurus sebaik mungkin oleh individu yang betul-betul profesional bukannya mereka yang dipilih atas faktor sokongan politik terhadap parti politik kerajaan terdahulu.

“Kita harap jawatan mereka akan dapat diganti segera sebelum minggu pertama bulan September ini,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Terdahulu, Khalid menerima cek RM410,000 daripada Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) untuk pembelian 85 ekor lembu bagi diagihkan kepada masjid dan surau Jumaat menerusi Program Korban Perdana YWP sempena Aidiladha yang bakal tiba.

Menurut Khalid, lapan individu lantikan politik berstatus Ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah meletak jawatan masing-masing susulan beberapa siri ‘teguran’ yang dibuatnya sebelum ini.

Selain DBKL, lantikan politik di YWP juga telah meletakkan jawatan masing-masing, katanya.

Beliau berharap tindakan itu turut diikuti oleh individu lantikan politik di beberapa agensi lain seperti di Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Perbadanan Labuan yang sehingga kini masih berpaut dengan kedudukan masing-masing.

Katanya beliau boleh menerima mana-mana anggota parti politik untuk memegang apa-apa jawatan di agensi di bawah kementerian itu asalkan lantikan tersebut dibuat atas keperluan berdasarkan kepakaran yang dimiliki, bukannya disebabkan sokongan politik.

Khalid yang juga Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) mengingatkan penyokong Amanah atau mana-mana parti di dalam PH supaya tidak menjadikan alasan ‘menyokong’ sebagai tiket untuk menuntut jawatan di dalam kerajaan.

“Kita harap penyokong Pakatan Harapan faham bahawa kerajaan PH tidak lagi meneruskan langkah yang diamalkan kerajaan terdahulu, iaitu memberi jawatan tertentu sebagai balasan terhadap sokongan yang diberikan,” katanya – BERNAMA

Tags: Khalid Abdul Samad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tiada Kes Denggi Di Port Dickson Minggu Ini

Next Post

Lelaki Bersyukur Wang Gagal Didepositkan Dikembalikan

Related Posts

6 Ahli Parlimen KL Dilantik Anggota Majlis Menteri

30/05/2019
0

PUTRAJAYA - Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad mengumumkan pelantikan enam Ahli Parlimen di Kuala Lumpur sebagai anggota Majlis Menteri...

Pelaburan Qatar Diintai Bagi Projek Kereta Nasional Ketiga

18/12/2018
0

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad hari ini menjelaskan bahawa pihak yang berpotensi untuk melabur dalam projek...

Next Post

Lelaki Bersyukur Wang Gagal Didepositkan Dikembalikan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd