• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPI Hanya Garis Panduan Kepada Pengurusan Sekolah

oleh
14/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan sudah lama memberi kebebasan kepada pihak sekolah, termasuk menetapkan Indeks Prestasi Utama (KPI) dalam mengurus tadbir operasi sekolah.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin berkata kelonggaran yang mula guna pakai sejak 2017 itu sepatutnya tidak menimbulkan beban kepada guru memandangkan ia tidak diwajibkan oleh kementerian, sebaliknya dilaksanakan di peringkat sekolah.

“Penekanan pencapaian KPI sekarang bukan lagi syarat utama di kementerian sebaliknya sudah diserahkan kepada pihak sekolah, dengan erti kata lain, sudah tidak ada arahan wajib daripada Kementerian Pendidikan,” katanya mengulas mengenai rungutan guru yang terbeban akibat penetapan KPI tidak munasabah.

Beliau ditemui media selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Pembelajaran dan Pembangunan Guru (ICTLD) keempat, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa perlu meningkatkan jumlah jam kredit sebagai inisiatif mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan guru sedang berkhidmat.

Amin menjelaskan ia sebagai usaha memastikan guru mampu menguasai dan lebih berkeyakinan dalam bahasa antarabangsa itu.

Persidangan selama tiga hari itu dihadiri 350 peserta dan pembentang.

Antara objektif utama ICTLD 2018 adalah berkongsi kepakaran dan pengetahuan pelaksanaan pendidikan guru berdasarkan penyelidikan dan memantapkan jaringan dalam pendidikan guru. – BERNAMA

Tags: KPI
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KPI Baharu Perkasa Wanita Akan Diperkenalkan

07/12/2017
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bersedia untuk memberikan komitmen tinggi dalam memperkasakan keusahawanan dalam kalangan wanita...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd