Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Lelaki Uganda Miliki Dadah...

PETALING JAYA — Seorang lelaki warganegara Uganda dipenjara lapan tahun dan 10 sebatan...

FAMA Disaran Bantu Penduduk...

KUALA LUMPUR - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) perlu lebih giat menambah sumber...

RTS: Sultan Johor Dibayar...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan membayar pampasan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan...

Kos Lebih Tinggi Jika...

KUALA LUMPUR - Kerajaan mungkin terpaksa menanggung beban kewangan lebih besar bagi melaksanakan...

Konspirasi PH-AS Hapus Bukti Kes

BONGKAR… Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam bangkit persoal kebenaran diberi oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) serah kapal layar mewah, Equanimity kepada Malaysia.

Menurut beliau yang juga Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat dan Pemantau Prestasi Kerajaan, tindakan aneh itu merupakan sebahagian daripada konspirasi jahat antara pihak tertentu dalam Pakatan Harapan (PH) dengan AS.

Lokman Adam malah bertanya, adakah benar kapal tersebut memang milik tanggungjawab AS dan ia mahu dirampas pihak Jabatan Kehakiman AS (DoJ) kononnya untuk satu saman sivil yang masih belum dibicarakan.

“Kalau bicara pun belum, jatuh hukum pun belum, bukti bahawa kapal itu pernah dibeli dengan guna duit 1MDB pun tiada, macam mana ianya boleh jadi hak AS untuk tiba-tiba pula diserahkan kepada kerajaan Malaysia?

“Adakah kebenaran yang diberikan oleh AS untuk Equanimity diserahkan kepada kerajaan Malaysia merupakan sebahagian dari konspirasi antara pihak tertentu dalam PH dengan AS untuk menghapuskan bahan bukti.

“Ia supaya prosiding saman sivil ke atas Reza Aziz, Jho Low, Khadim al Khubaishi dan Muhammad Badawi dibatal? 17 aset empat individu ini mahu dirampas atas tuduhan konon ia dibeli menggunakan duit dicuri daripada 1MDB.

“Kalau barang hendak dirampas sudah tiada, contohnya Equanimity diserah kepada Malaysia, jet peribadi yang ditahan pihak berkuasa Singapura juga mahu diserah kepada Malaysia, maka semua bahan yang hendak dirampas sudah tiada, prosiding apa yang DOJ hendak lakukan?

“Bagaimana rakyat Malaysia hendak tahu bahawa tuduhan PH dan DoJ bahawa harta itu dibeli guna duit 1MDB adalah benar atau hanya satu fitnah untuk menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional (BN),” soalnya lagi.

Tambahnya lagi, kenapa selepas 97 hari PH memerintah, Peguam Negara sendiri sehingga kini masih gagal mendakwa Datuk Seri Najib Razak Tun Razak atas tuduhan mencuri duit 1MDB berbilion-bilion ringgit?


Lokman bertanya, bukankah Datuk Seri Shukri Abdull, Ketua Pesuruhjaya SPRM cukup gairah membekukan akaun sesiapa sahaja yang kononnya pernah menerima sumbangan daripada Najib hasil duit yang dicuri dari 1MDB?

“Adakah tuduhan itu sebenarnya fitnah? Mungkin sekarang baru rakyat faham kenapa Mac lalu pembicaraan Akta Kleptokrasi empat individu ini ditunda kepada September, 2018, iaitu selepas pilihan raya umum (PRU) Malaysia.

“Rupa-rupanya, menjelang September, bahan buktipun silap-silap dah dilelong dan pembicaraan kes Saman Sivil DOJ ke atas Jho Low, Reza Aziz, Khadim Al Khubaishi dan Mohamad Badawipun belum tentu akan berjalan.

“Kalau pembicaraan berjalan dan empat individu ini akhirnya dapat membuktikan bahawa harta itu dibeli dengan wang diperoleh secara sah tanpa curi dari 1MDB, adakah kita boleh ubah keputusan PRU ke-14?

“Sudah pasti tidak! Mungkin kenyataan Tun Mahathir Mohamad bahawa rakyat Malaysia ramai yang “uneducated” adalah benar. Mungkin apa yang beliau maksudkan, walaupun yang menyokong PH ini kebanyakannya golongan professional seperti doktor, jurutera, peguam, pensyarah dan sebagainya, mereka tidak pernah berfikir sama ada fitnah yang dilontar PH benar atau tidak,” katanya. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori